Bagi memeriahkan Pesta Konvokesyen Kolej Universiti Widad serta memenuhi keperluan subjek Pengurusan Fesyen (FES253) pelajar Diploma Seni Lukis dan Seni Reka ( Fesyen)(AD116), satu pertunjukan fesyen telah diadakan pada 17 Mac 2022. Pertunjukan fesyen ini melibatkan lapan orang pelajar yang telah memperagakan sebanyak 24 hasil karya fesyen masing-masing. Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen) merupakan program kerjasama Universiti Teknologi MARA dengan Kolej Widad. Subjek Pengurusan Fesyen sangat penting dalam sukatan pelajaran pendidikan fesyen. Pelajar akan didedahkan dengan pelbagai cara kerja dalam bidang ini secara amnya.