Kelentang – Kelentung Widad merupakan satu program pertandingan masakan anjuran bersama dengan pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Program ini telah dijalankan dengan jayanya pada 18 Mac 2022 bersempena Pesta Konvokesyen Widad Kesembilan. Selain daripada pertandingan masakan, turut diadakan demonstrasi masakan iaitu masakan Kerabu Spiral dan 3d Jelly Pudding oleh pihak KEMAS. Menariknya, pertandingan ini telah disertai oleh Persatuan Warga Emas Kuantan (PAWE), KEMAS, para pelajar dan kakitangan Kolej Universiti Widad. Turut meyampai hadiah kepada pemenang ialah YH Dato’ DZulkifli Mahmud, Lembaga Pengarah Universiti, Kolej Universiti Widad.