Program Diploma Komunikasi & Media adalah satu program kerjasama dengan UiTM.
Program ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan untuk melaksanakan pelbagai peranan media massa dalam membantu pelbagai organisasi. Program ini juga bertujuan untuk menyediakan asas yang kukuh kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka dalam bidang komunikasi massa.
Program ini dapat memupuk kreativiti dan inovasi, kemahiran interpersonal dan komunikasi, yang penting dalam amalan komunikasi massa. Ia juga adalah untuk memupuk nilai-nilai etika yang tinggi dan tanggungjawab sosial di kalangan pelajar. Program ini sepenuhnya diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), menyediakan pelajar dengan portfolio kemahiran semua aspek penting komunikasi dan industri berkaitan media, serta kemahiran dalam bidang komunikasi dan teknologi maklumat.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)
Diploma Komunikasi & Media mendapat PENGIKTIRAFAN daripada KPT.
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Diploma Komunikasi & Media telah memperolehi AKREDITASI PENUH dari MQA.
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Program Diploma Komunikasi & Media ditawarkan oleh UiTM. (program usahasama UiTM)
Langkah 1
Diploma Komunikasi & Media
Langkah 2
Ijazah Sarjana Muda
Langkah 3
Ijazah Sarjana
Langkah 4
Doktor Falsafah
Mula menawarkan program sejak 2008
Akreditasi PENUH oleh MQA
Diploma daripada UiTM
Berkelayakan dan berpengalaman
98% Kadar kebolehpasaran dan 100% Graduate on Time (GoT)
Fasiliti yang lengkap
Konvokesyen di UiTM
Silibus dan sijil disediakan oleh UiTM
Tajaan penuh yuran pengajian (keluarga B40)