Program Diploma Pengurusan Harta Tanah merupakan kursus kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Secara umumnya kursus ini adalah berkaitan dengan sektor harta tanah yang mana melibatkan kerja-kerja menilai untuk tujuan jual beli tanah, pengiraan cukai seperti cukai pintu, cukai keuntungan, cukai setem dan sebagainya. Ia juga berkaitan dengan pengurusan harta tanah yang meliputi pengurusan penyewaan, pemasaran dan penyelenggaraan bangunan seperti menguruskan kompleks membeli belah (Shopping Complex), ruang pejabat (Office Space), rumah kedai serta bangunan yang lain.
Graduan dibekalkan dengan ilmu-ilmu teori yang meliputi bidang penilaian dan pelaburan harta tanah, pengurusan harta tanah dan juga agen harta tanah yang membolehkan mereka menjadi golongan profesional iaitu penilai, pengurus harta dan juga agen harta tanah.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)
Diploma Pengurusan Harta Tanah mendapat PENGIKTIRAFAN daripada KPT.
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Diploma Pengurusan Harta Tanah telah memperolehi AKREDITASI PENUH dari MQA.
Langkah 1
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Langkah 2
Ijazah Sarjana Muda
Langkah 3
Ijazah Sarjana
Langkah 4
Doktor Falsafah
Mula menawarkan program sejak 2007
Akreditasi PENUH oleh MQA
Diploma daripada UTM
Berkelayakan dan berpengalaman
98% Kadar kebolehpasaran dan 100% Graduate on Time (GoT)
Fasiliti yang lengkap
Konvokesyen di UTM