Program Diploma Pengajian Sukan yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM menumpukan kepada pengetahuan teori asas berhubung dengan sains sukan dan senaman. Program ini juga memberi pengalaman kepada pelajar untuk mempelajari kemahiran praktikal dalam tetapan senaman.
Pelajar yang bergraduasi melalui program ini dijangka memenuhi permintaan industri sukan dan kesihatan di negara ini. Program ini juga menyediakan asas yang kukuh kepada pelajar sekiranya mereka melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda.
Program ini ditawarkan secara sepenuh masa. Tempoh pengajian program ini adalah tiga tahun di mana aktiviti pembelajaran termasuk kuliah, penyelesaian masalah, seminar dan latiahan amali.
Langkah 1
Diploma Pengajian Sukan
Langkah 2
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan / Sains Sukan
Langkah 3
Ijazah Sarjana Pengurusan Sukan / Sains Sukan
Langkah 4
Doktor Falsafah (Pengajian Sukan)