Untuk permohonan Diploma Kejururawatan, pelajar perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 3 kredit termasuk Bahasa Melayu, Matematik/Matematik Tambahan, Fizik/Kimia/Biologi/Sains, dan lulus Bahasa Inggeris. Pelajar juga perlu lulus sesi temuduga yang akan dijalankan oleh pihak fakulti.
Sesi pengambilan pelajar untuk program kejururawatan ini adalah pada bulan Mac dan September setiap tahun.
Program diploma jururawat di Malaysia ini diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), dan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM).
Pelajar diploma kejururawatan boleh memohon bantuan kewangan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Yayasan Royal Widad, AFFIN Education Financing-i, dan pengeluaran KWSP.
Graduan kursus jururawat boleh bekerja di hospital kerajaan, hospital swasta, hospital wanita & kanak-kanak, hospital ketenteraan, klinik kesihatan kerajaan, klinik perubatan swasta, pusat hemodialisis, pusat jagaan harian, jururawat industri, pusat jagaan orang tua, bekerja di luar negara, dan pelantar minyak.
WIDAD University College, universiti jururawat yang berprestij, diiktiraf sebagai institusi yang kompetitif dalam SETARA 2022 dan dianugerahkan sebagai "BEST ACADEMIC INSTITUTIONS" oleh The Golden Globe Tigers Awards. Program diploma kejururawatan ini juga mendapat akreditasi penuh dari MQA.
Pelajar perlu lulus sesi temuduga yang akan dijalankan oleh Fakulti Kejururawatan. Temuduga ini bertujuan untuk menilai kesesuaian calon untuk program diploma jururawat ini.
Pelajar boleh membuat permohonan on-line melalui laman web WIDAD University College atau hubungi bahagian kemasukan untuk maklumat lanjut mengenai proses pendaftaran bagi kursus jururawat.