Fasa 1 - Sains Perubatan Asas
Pada dua tahun pertama,pelajar akan didedahkan matapelajaran sains asas seperti anatomi manusia, fisiologi, patologi dan lain-lain.
Pelajar akan dimaklumkan mengenai interaksi masyarakat dan alam sekitar terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusia.
Pelajar juga akan dibimbing dalam perkembangan minda secara saintifik untuk memperoleh sifat profesional,kemahiran asas klinikal yang diperlukan untuk ke fasa pembelajaran seterusnya iaitu pengenalan awal kepada klinikal perubatan.
Di akhir tahun dua pelajar akan menduduki PEPERIKSAAN PROFESIONAL PERTAMA.