Pinjaman Pengajian

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Program Widad University College merupakan antara yang paling berpatutan di dalam negara.

Yuran merangkumi yuran pengajian, yuran peperiksaan dan makmal (program terpilih).

Tujuan program bantuan kewangan ini adalah untuk menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar yang, tanpa bantuan tersebut tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran mereka.


MARA Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP)

TESP ialah Program Penajaan Pengajian Tertiari adalah program penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi / Asasi / Diploma dan setaraf yang telah ditawarkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Pinjaman Boleh Ubah bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pelajar setelah tamat pengajian, tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.

Senarai program Widad University College bagi TESP MARA

  • Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan (MBBS)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian)

Laman Web Rasmi

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

PTPTN merupakan institusi kerajaan yang menawarkan pinjaman pendidikan kepada pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertiari.

Pinjaman PTPTN adalah salah satu pilihan utama pelajar yang mencari pinjaman Pendidikan, memandangkan kadar faedahnya yang agak rendah.

Tambahan lagi, sekiranya anda mencapai Kepujian Kelas Pertama bagi Ijazah anda, pinjaman anda akan ditukar kepada biasiswa, dimana anda akan dikecualikan daripada membayar balik pinjaman tersebut.

Pelajar yang memohon untuk menyambung pengajian di Widad University College layak untuk mendapat biayaan PTPTN.

Kuantum yang diluluskan oleh PTPTN bergantung kepada pendapatan isi rumah bulanan ibu bapa pemohon. Bantuan ini terbuka kepada rakyat Malaysia sahaja.

Mohon Sekarang Laman Web Rasmi

The Royal Widad Foundation

Bantuan kewangan tersebut disediakan oleh The Royal Widad Foundation kepada pelajar berpotensi daripada keluarga berpendapatan rendah untuk mengejar impian mereka untuk memperoleh pendidikan tertiari.

Pemberian bantuan kewangan ini adalah mengikut budi bicara Yayasan dan akan bergantung kepada kedudukan kewangan keluarga pemohon.

AFFIN Education Financing-i

AFFIN Education Financing-i adalah skim patuh Syariah yang direka khas untuk individu berkelayakan bagi Universiti atau Kolej terpilih yang diluluskan oleh Bank untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi pelan Pendidikan mereka.

Berdasarkan konsep Ujrah, pembiayaan merangkumi program Pendidikan mereka untuk pengalaman pengajian yang lancar.

Sila hubungi Pejabat Kewangan kami untuk maklumat lanjut.

Maklumat Lanjut Laman Web Rasmi

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Skim ini membolehkan ahli KWSP untuk mengeluarkan wang daripada Akaun 2 mereka untuk membayar yuran bagi anak mereka atau untuk diri mereka sendiri untuk menyambung pelajaran di institusi tempatan atau luar negara.

Laman Web Rasmi

Hi.. my name is .

Enter your mobile number below to start our chat.

Chat With Us