Program Diploma Senibina merupakan kursus kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Program ini menawarkan kurikulum pengajian senibina bagi persediaan bakal-bakal graduan melibatkan diri secara profesional di dalam bidang rekabentuk dan pembinaan. Kurrikulum program yang merangkumi 6 semester ini menitikberatkan pengisian profesionalisma dan sahsiah kendiri bagi melahirkan arkitek yang bukan sahaja bertanggungjawab ke atas rekabentuk bangunan tetapi juga membentuk persekitaran fizikal yang mesra alam.
Pengetahuan asas yang kukuh bukan sahaja dapat membantu menyelesaikan masalah rekabentuk dari segi cuaca dan fungsi, malah dapat membantu menghasilkan bangunan dengan kualiti yang maksimum pada kos yang minimum. Antara subjek-subjek yang ditawarkan termasuklah subjek rekabentuk, struktur binaan, sejarah senibina, bangunan dan pengkomputeran.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)
Diploma Senibina mendapat PENGIKTIRAFAN daripada KPT.
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Diploma Senibina telah memperolehi AKREDITASI PENUH dari MQA.
Langkah 1
Diploma Senibina
Langkah 2
Ijazah Sarjana Muda
Langkah 3
Ijazah Sarjana
Langkah 4
Doktor Falsafah
Mula menawarkan program sejak 2007
Akreditasi PENUH oleh MQA
Diploma daripada UTM
Berkelayakan dan berpengalaman
98% Kadar kebolehpasaran dan 100% Graduate on Time (GoT)
Fasiliti yang lengkap
Konvokesyen di UTM