Widad University College menawarkan Diploma Farmasi, yang merupakan program komprehensif yang direka untuk mempersiapkan pelajar untuk kerjaya dalam bidang farmaseutikal.
Ia merangkumi pelbagai aspek farmasi termasuk farmaseutik, kimia farmaseutikal, dan aplikasi farmasi praktikal.
Diploma farmasi merupakan program pengajian yang memperkenalkan pelajar kepada aspek-aspek penting dalam bidang farmasi.
Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan diploma farmasi di Kolej Universiti Widad. Lepasan program diploma farmasi juga mempunyai peluang kerjaya yang meluas di Malaysia. Diploma farmasi juga boleh menjadi landasan untuk menyambung diperingkat ijazah dalam bidang farmasi atau bidang sains kesihatan yang lebih spesifik.
Terdapat tiga cabang utama dalam bidang farmasi iaitu farmasi hospital, farmasi komuniti, dan farmasi industri. Farmasi industri melibatkan proses mengambil bahan mentah dan menjadikannya ubat yang berkualiti, berkesan dan selamat digunakan. Farmasi hospital pula memainkan peranan dari segi aspek penyediaan, pengagihan serta pengawalan semua ubat-ubatan yang diberikan kepada pesakit yang berada di hospital. Akhir sekali, farmasi komuniti adalah bidang farmasi paling hampir dengan masyarakat. Bidang ini menyediakan perkhidmatan kaunseling kesihatan, menyampaikan maklumat berkaitan ubat-ubatan dan membekalkan ubat-ubatan di kedai farmasi.
Kolej Universiti Widad adalah kolej yang menawarkan bidang farmasi, iaitu, Diploma Farmasi supaya pelajar yang berminat untuk belajar kursus farmasi di Malaysia dapat melakukannya dan menjadi graduan farmasi yang berjaya. Bagi mempelajari kursus farmasi, anda harus mengetahui betapa pentingnya mempraktikkan penggunaan ubat yang selamat. Oleh itu, jika anda mendaftar dengan Kolej Universiti Widad, program Diploma Farmasi ini akan menyediakan anda dengan ilmu berpengetahuan yang mencukupi dalam setiap bidang farmasi sebelum anda memasuki alam pekerjaan. Anda juga boleh menjadi juruteknik farmasi di mana anda membantu ahli farmasi untuk memastikan bekalan dan persediaan ubat yang diperlukan adalah berkesan dan selamat.
Tempoh Diploma Farmasi ini adalah 3 tahun, yang terdiri daripada 6 semester. Ini telah diluluskan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan mendapat pengawasan dari Lembaga Farmasi Malaysia. Kelayakan untuk kursus farmasi di Malaysia ini termasuk lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 3 kredit. Kredit tersebut termasuk Bahasa Melayu, Fizik / Kimia / Biologi / Sains dan satu subjek lain. Pelajar juga harus lulus dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah. Sekiranya anda menepati segala kelayakan, anda boleh mendaftar untuk mengikuti kursus dalam bidang farmasi.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)
Widad University College diiktiraf sebagai COMPETITIVE (BERDAYA SAING) pada SETARA 2022.
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Diploma Farmasi telah memperolehi AKREDITASI PENUH dari MQA.
Lembaga Farmasi Malaysia
Diploma Farmasi dipantau oleh Lembaga Farmasi Malaysia.
The Golden Globe Tigers Awards
Widad University College diiktiraf sebagai “BEST ACADEMIC INSTITUTIONS”.
Laluan Pengajian Program Ijazah Sarjana Muda
Muhamad Firdaus Mohamad Affendi Patrick
Ambilan Julai 2009
Alpro Pharmacy Sdn Bhd (Negeri Sembilan)
Muhamad Hanif Othman
Ambilan Disember 2010
Hospital Pengajar Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Anis Haziratul Qursyiah Norjubaidi
Ambilan Disember 2011
Farmasi Anees Kuantan
Nur Fatihah Zainuddin
Ambilan Mei 2013
Ain Medicare Sdn Bhd, Kelantan
Nabilah Ashikin Mokhtar
Ambilan Jun 2013
UKM Specialist Centre, Kuala Lumpur
Nur Najwa Afiqah Muhammad Adib
Ambilan Disember 2016
Pantai Hospital Cheras
Sharifah Nurul Amirah Syed Zainudin
Ambilan Mei 2017
Hospital Pantai Kuala Lumpur
Irdina Mohd Hanafiah
Ambilan Julai 2020
Klinik Syed Badaruddin Balok, Kuantan
Thiviyah Naidu A/P Sekaran
Ambilan Julai 2020
Hospital Island Pulau Pinang
Mula menawarkan program sejak 2009
Akreditasi PENUH oleh MQA
Berkelayakan dan berpengalaman
98% Kadar kebolehpasaran dan 100% Graduate on Time (GoT)
Fasiliti yang lengkap
Percuma
* Terma & SyaratRM2000 setahun
* Terma & SyaratPengangkutan percuma
Penginapan percuma
Pakaian seragam percuma