Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)

Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)

Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) direka untuk pelajar yang ingin menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkaitan.

Pelajar adalah dari pelbagai bidang dan industri yang membolehkan mereka melibatkan diri dalam perbincangan kritikal di dalam kelas.

Program MBA dijalankan selama 18 bulan yang merangkumi siri intensif kuliah, seminar, projek kerja berpasukan, dan pembelajaran campuran. Tenaga pengajar bagi program ini terdiri daripada pensyarah yang profesional dan mempunyai pengalaman industri dalam bidang perakaunan, perniagaan, kewangan dan logistik, yang akan meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan penyelidikan.

  • Kod Program(N/340/7/0760)(MQA/PA 11346)08/24
  • Mod PengajianSepenuh Masa / Separuh Masa
  • TempohSepenuh Masa: 18-36 bulan
  • TempohSeparuh Masa: 28-48 bulan
  • KemasukanFebruari, September

Syarat Kemasukan

Pilihan 1 : Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6, MQF) dalam bidang berkaitan

Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6, MQF) dalam bidang berkaitan dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.50 seperti yang diterima oleh Senat PPT.

Pilihan 2 : Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6, MQF) dalam bidang berkaitan

Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6, MQF) dalam bidang berkaitan dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan tidak mencapai PNGK 2.50 boleh diterima, tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat.

Pilihan 3 : Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6, MQF) dalam bidang bukan berkaitan

Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6, MQF) dalam bidang bukan berkaitan dengan PNGK minimum 2.00 seperti yang diterima oleh Senat PPT dan dengan pengalaman kerja yang berkaitan, tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat.

Pilihan 4 : Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6, MQF) dalam bidang bukan berkaitan

Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6, MQF) dalam bidang bukan berkaitan dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00 seperti yang diterima oleh Senat PPT dan tanpa pengalaman kerja yang berkaitan, tertakluk kepada lulus kursus pra-syarat.

Pilihan 5 : Lain-lain kelayakan yang setara/berkaitan dengan ijazah Sarjana Muda (Tahap 6, MQF)

Lain-lain kelayakan yang setara/berkaitan dengan ijazah Sarjana Muda (Tahap 6, MQF) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Syarat Bergraduat

Pelajar perlu mencapai minimum PNGK 3.00, melengkapkan tesis dan projek serta memenuhi jam kredit minimum untuk setiap program masing-masing.

Syarat Bahasa Inggeris

Pelajar antarabangsa mestilah mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan mempunyai salah satu kelayakan berikut:

  • Skor MUET minimum Band 4; atau
  • Setara dengan CEFR (Mid B2).

Pengecualian: Pelajar dari negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia dan New Zealand yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Mereka perlulah mengemukakan bukti sebagai pengesahan.

Pengecualian: Pelajar antarabangsa yang memliliki Sarjana Muda dari mana-mana Universiti di Malaysia.

Struktur Program

Semester 1

  • Organization Behaviour
  • Marketing Management
  • Decision Analysis
  • Managerial Accounting
  • Managerial Economics

Semester 2

  • Operation Management
  • Human Resource Management
  • Business Research Method
  • Project Paper
  • Kursus Elektif

Semester 3

  • Business Law
  • Strategic Management
  • Corporate Finance
  • Project Paper
  • Kursus Elektif

Kursus Elektif

  • International Business
  • Organization Change and Development
  • Small Business Management
  • Corporate Communication
  • Project Management
  • Management Information System

Pengiktirafan

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)

Widad University College diiktiraf sebagai COMPETITIVE (BERDAYA SAING) pada SETARA 2022.

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) telah memperolehi AKREDITASI SEMENTARA dari MQA.

The Golden Globe Tigers Awards

Widad University College diiktiraf sebagai “BEST ACADEMIC INSTITUTIONS”.

Laluan Kerjaya

Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) mampu menambahkan pengetahuan dan kemahiran praktikal yang diperlukan untuk perkembangan kerjaya anda sama ada di dalam negara atau di arena antarabangsa.

Graduan dapat melanjutkan pengajian ke peringkat PhD dalam kursus yang sama atau kursus yang berkaitan dengan bidang ini di mana-mana universiti sama ada di dalam Malaysia atau luar negara.

Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Kolej Universiti Widad mempersiapkan calon untuk jawatan pengurusan peringkat atasan dalam bidang kewangan, perbankan pelaburan, pengurusan dan pentadbiran penjagaan kesihatan. Oleh itu, graduan mampu memegang sebarang jawatan di dalam sektor awam atau swasta. Antara jawatan yang ditawarkan kepada graduan kami adalah perunding pengurusan, pengurus pemasaran, pegawai bank pelaburan, pengurus operasi, penasihat kewangan dan penyelidik.

Perlu Bantuan

Kami berbesar hati untuk membantu anda.
Klik pada ikon untuk berkomunikasi dengan wakil kami.

Dr. Hasbulani Zakaria - Deputy Vice Chancellor (Research and Postgraduate) 013-326 8864 postgraduate.studies@widad.edu.my

Apa khabar.. nama saya .

Sila taip nombor telefon bimbit anda dan mulakan perbualan.

Chat Dgn Kami