Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan

Ditawarkan sejak 2010, Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan di Widad University College merupakan program pengajian yang memberikan pengetahuan asas dan latihan praktikal dalam bidang sains perubatan, kesihatan, serta penjagaan pesakit.

Jika anda sedang mencari kursus diploma dalam bidang diploma sains perubatan di Kuantan, Widad University College adalah pilihan yang tepat dengan pengalaman luas dan pengiktirafan kukuh sebagai salah satu kolej sains perubatan dan kesihatan di Malaysia.

Kursus ini dirangka untuk membimbing pelajar memahami aspek teori serta kemahiran klinikal, sekaligus mempersiapkan mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi atau bidang kesihatan lain.

Mengenai Program Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan

Penolong Pegawai Perubatan (PPP / AMO) ialah tenaga kesihatan profesional yang memainkan peranan penting dalam sistem kesihatan negara. Mereka berkemahiran dalam pelbagai aspek perkhidmatan kesihatan termasuk:

  • Promotif (Promosi Kesihatan Awam) : Memberi pendidikan kesihatan kepada masyarakat untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan mencegah penyakit;
  • Preventif (Pencegahan) : Melaksanakan saringan kesihatan, imunisasi, dan langkah pencegahan penyakit;
  • Kuratif (Perawatan) : Memberi rawatan asas, membantu prosedur perubatan, dan memantau keadaan pesakit;
  • Rehabilitatif (Pemulihan) : Membantu pesakit pulih melalui latihan pemulihan dan sokongan penjagaan selepas rawatan.

PPP memainkan peranan penting dalam menyokong sistem kesihatan negara dengan menyediakan penjagaan menyeluruh kepada pesakit dan masyarakat.

Syarat Kemasukan

Pilihan 1 : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

  • Lulus SPM dengan 5 kredit termasuk:
    • Bahasa Melayu
    • Matematik / Matematik Tambahan
    • Kimia / Biologi / Sains
  • Lulus Bahasa Inggeris.
  • Sihat tubuh badan dan tidak mengalami sebarang penyakit genetik yang berbahaya.
  • Tidak mengalami kecacatan anggota / deria yang serius.
  • Lulus sesi temuduga yang akan dijalankan oleh fakulti.

Program Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan WIDAD: Laluan Anda ke Dunia Kesihatan

Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan di Widad University College membuka peluang kepada pelajar untuk memasuki dunia kesihatan dengan gabungan pengetahuan teori dan kemahiran praktikal yang menyeluruh.

Kursus ini melatih pelajar menjadi Penolong Pegawai Perubatan (PPP / AMO) yang berkemahiran dalam promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan perubatan, dan pemulihan pesakit. Pelajar mempelajari sains perubatan asas seperti:

  • Anatomi
  • Fisiologi
  • Mikrobiologi
  • Teknik komunikasi dengan pesakit

Latihan praktikal dijalankan di hospital dan klinik, di mana pelajar berpeluang terlibat secara langsung dalam pelbagai prosedur perubatan, pemeriksaan kesihatan, rawatan kecemasan, serta pengurusan pesakit di wad dan klinik pesakit luar.

Pengalaman ini membolehkan pelajar mempraktikkan pengetahuan teori yang dipelajari di dalam kelas, sekaligus membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi dengan pesakit, dan kebolehan membuat keputusan dalam situasi sebenar.

Selain itu, latihan ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai etika kerja, disiplin persekitaran klinikal, serta cabaran sebenar yang dihadapi dalam dunia kesihatan profesional.

Sebagai sebahagian daripada kolej sains perubatan dan kesihatan di Malaysia yang diiktiraf, program ini menjadi laluan penting untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam bidang sains perubatan dan kesihatan, atau untuk terus berkhidmat dalam sektor kerajaan, swasta, atau badan beruniform.

Struktur Program

Tahun 1

  • Malaysia Studies
  • English I
  • Behavioral Science
  • Patient Communication
  • Nursing Science I
  • Anatomy and Physiology I
  • Anatomy and Physiology II
  • Medical Microbiology (Microbiology and Parasitology)
  • Bioscience Medicine (Clinical Biochemistry and Clinical Pathology)
  • Self Development
  • English II
  • Basic Surgical I
  • Clinical Pharmacology I
  • Basic Medical I
  • Nursing Science II
  • Emergency Medicine I
  • Community Health Sciences II
  • Basic Computers (Introduction)
  • Social and Preventive Medicine

Tahun 2

  • Orthopedics
  • Basic Management
  • Malaysian Public Administration
  • Advanced Medical
  • Disaster Management
  • Clinical Pharmacology II
  • Advance Surgical
  • Nursing Science III
  • Emergency Medicine II
  • Obstetrics and Gynecology
  • Community Health Sciences III
  • Surgical Practice I
  • Psychiatric Practice I
  • Medical Practice
  • Community Health Practices I
  • Professional Development - Professional Ethics

Tahun 3

  • Co-curriculum (Bakti Siswa)
  • Surgical Practice (Operation Theatre)
  • Emergency Medicine Practice I
  • Surgery II / (Orthopaedics) Practice
  • Community Health Practice II
  • Obstetrics & Gynecology (Maternity Room) Practice
  • Professional Development – Practice of Health System Research (Part I)
  • Surgical Practice (Ophthalmology)
  • Emergency Medicine Practice II
  • Medical Practice (Pediatrics Ward)
  • Surgery Practice (Otorhinolaryngology)
  • Community Health Practice III
  • Medical Practice (ICU / Hemodialysis)
  • Professional Development - Practice of Health System Research (Part II)

Pengiktirafan

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)

Widad University College diiktiraf sebagai COMPETITIVE (BERDAYA SAING) pada SETARA 2022.

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan telah memperolehi AKREDITASI PENUH dari MQA.

Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia

Semua graduan kami adalah BERDAFTAR dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia bagi memenuhi syarat KELAYAKAN untuk mendapatkan pekerjaan sebagai Penolong Pegawai Perubatan (PPP).

The Golden Globe Tigers Awards

Widad University College diiktiraf sebagai “BEST ACADEMIC INSTITUTIONS”.

Bantuan Kewangan

Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN)
Yayasan
Royal Widad
AFFIN Education
Financing-i
Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja
(KWSP)

Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan di Widad University College membuka laluan yang luas sama ada untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam bidang sains kesihatan atau terus membina kerjaya dalam pelbagai sektor penjagaan kesihatan dan perkhidmatan perubatan.

Lepasan diploma ini boleh menyambung pengajian ke program Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan, Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan, atau program lain dalam bidang kesihatan yang ditawarkan di Widad University College.

Laluan ini membolehkan pelajar terus mengembangkan kepakaran mereka dalam bidang sains perubatan dan kesihatan, sekaligus meningkatkan peluang kerjaya dalam sektor kesihatan yang semakin berkembang.

Laluan Pendidikan

Laluan Pengajian Program Ijazah Sarjana Muda

  • Penjagaan Pra Hospital (IPTA/IPTS)
  • Sains Perubatan Kecemasan (UKM)
  • Sains Perubatan Forensik (USM)
  • Sains Bio Perubatan (UKM)
  • Sosial (Psikologi) (UKM)
  • Sains Perubatan dan Kesihatan (OUM/UNISZA)

Laluan Kerjaya

  • Hospital Dibawah Kerajaan / Swasta / Universiti
  • Hospital Dibawah Ketenteraan
  • Klinik Dibawah Kerajaan / Swasta
  • Klinik Dibawah Ketenteraan / Kepolisan
  • Perkhidmatan Ambulan
  • Pusat Hemodialisis
  • Rumah Penjagaan Warga Emas / Halfway Home (PSY)
  • Rombongan Haji / Tabung Haji
  • Hypobaric & Hyperbaric Medicine (Tentera Laut)
  • Perkeso (Pegawai Penilai Insuran)
  • Offshore (Pelantar Minyak)
  • Agensi Locum
  • Perkhidmatan Paramedik Dalam / Luar Negara
  • Akademik (Pensyarah / Pengajar Klinikal)

Alumni Kami

Muhamad Hafiz Rosli menyambung pengajian Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan di Kolej Universiti Widad, Kuantan Pahang

Muhamad Hafiz Rosli

Ambilan Julai 2012

Paramedic London Ambulance Service
NHS Trust, United Kingdom

Hani Syahmi Hazri menyambung pengajian Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan di Kolej Universiti Widad, Kuantan Pahang

Hani Syahmi Hazri

Ambilan Julai 2016

Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi,
Hospital Sultan Ahmad Shah (IIUM)

Soalan Lazim

1Apakah kelebihan belajar Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan di Widad berbanding kolej lain?

Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan di Widad diiktiraf MQA dan disokong kerjasama hospital kerajaan dan swasta. Widad juga antara kolej sains perubatan dan kesihatan di Malaysia yang berpengalaman.

2Bolehkah graduan Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan bekerja di luar negara?

Ya, graduan boleh memohon pekerjaan di luar negara, namun perlu memenuhi syarat pendaftaran badan profesional kesihatan negara terbabit. Program ini memberi asas kukuh, tetapi lesen amalan mungkin berbeza mengikut negara.

3Adakah kursus ini lebih banyak teori atau praktikal?

Program Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan di Widad menggabungkan kedua-duanya secara seimbang. Tahun awal lebih banyak teori asas, manakala tahun seterusnya memberi tumpuan kepada latihan praktikal di hospital atau klinik.

4Apakah peluang pelajar selepas Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan selain menjadi PPP?

Graduan juga boleh bekerja dalam makmal diagnostik, ambulans, pusat hemodialisis, farmaseutikal, atau menyambung ke peringkat ijazah sarjana muda.

5Adakah pelajar memerlukan vaksinasi tertentu untuk memasuki kursus ini?

Ya. Untuk keselamatan diri dan pesakit, pelajar mungkin perlu menjalani vaksinasi tertentu seperti Hepatitis B, terutamanya sebelum memulakan latihan praktikal di hospital atau klinik.

Kenapa Pilih Widad

Pengalaman

Mula menawarkan program sejak 2010

Akreditasi

Akreditasi PENUH oleh MQA

Pensyarah

Berkelayakan dan berpengalaman

Pencapaian

98% Kadar kebolehpasaran dan 100% Graduate on Time (GoT)

Kerjasama

Dengan hospital ternama di Malaysia

Fasiliti

Fasiliti yang lengkap

Percuma

Pengangkutan percuma

Percuma

Penginapan percuma

Percuma

Pakaian seragam percuma

Perlu Bantuan

Kami berbesar hati untuk membantu anda.
Klik pada ikon untuk berkomunikasi dengan wakil kami.

Mr. Mohd. Shahriruddin Mohd Shif Dekan, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu 012-981 0987
Amiruddin Adli Abu Bakar Bantuan Pelawat 019-328 5269

Apa khabar.. nama saya .

Sila taip nombor telefon bimbit anda dan mulakan perbualan.

Chat Dgn Kami