Penerapan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar-pelajar sentiasa dititikberatkan oleh pihak Kolej Universiti Widad. Selaras dengan matlamat itu, sempena Pesta Konvokesyen Widad Universiti Kolej Kesembilan, peluang telah diberikan kepada pelajar-pelajar untuk mempraktiskan amalan keusahawanan dengan membuka ruang perniagaan sepanjang pesta konvokesyen yang berlangsung dari 17 – 19 Mac 2022. Program ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan dalam kalangan pelajar-pelajar. Di samping dapat mempertingkatkan kemahiran jualan dan pemasaran, ia turut memberikan sumber pendapatan kepada pelajar berkenaan.