Bagi mewujudkan kesedaran ke arah pemerkasaan pembudayaan keusahawanan yang lebih proaktif dengan informasi & digital bagi membantu memacu negara ke arah sosioekonomi yang lebih baik, jati diri belia yang berinovasi dan mengatasi isu pengangguran belia, pihak Kolej Universiti Widad dengan kerjasama Hub Usahawan Belia Malaysia serta Maybank Kuantan telah menjayakan seminar keusahawanan yang bertajuk “DIGITALISASI PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN”. Program yang berlangsung pada 17 Mac 2022 ini telah disertai oleh golongan belia dan juga pelajar-pelajar IPTS di sekitar Kuantan, Pahang.