Curriculum, Learning Methods &
Assessment

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Highlights

Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) adalah kursus yang moden dan inovatif. Dimodelkan dari satu kurikulum berintegrasi yang diterima oleh sekolah-sekolah perubatan utama. Program ini diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) dan disokong oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Perkara utama program:

  • Pada dua tahun pertama,pelajar akan didedahkan matapelajaran sains asas seperti anatomi manusia, fisiologi, patologi dll. Pelajar akan dimaklumkan mengenai interaksi masyarakat dan alam sekitar terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusia. Pelajar juga akan dibimbing dalam perkembangan minda secara saintifik untuk memperoleh sifat profesional,kemahiran asas klinikal yang diperlukan untuk ke fasa pembelajaran seterusnya iaitu pengenalan awal kepada klinikal perubatan. Di akhir tahun dua pelajar akan menduduki PEPERIKSAAN PROFESIONAL PERTAMA.
  • untuk tiga tahun seterusnya iaitu fasa kedua pembelajaran, pelajar akan memperolehi pengetahuan berkaitan klinikal dan meningkatkan kemahiran klinikal agar menjadi doktor yang selamat, cekap,efektif,baik dan berperikemanusiaan. Pelajar akan secara beransur-ansur belajar "Kesenian Kedoktoran" daripada pensyarah tempatan dan antarabangsa yang berpengalaman pakar klinikal. Mereka akan memberi inspirasi untuk melanjutkan kerjaya selepas tamat pengajian dan mengamal pelajaran sepanjang hayat. Pada akhir tahun kelima , pelajar akan menduduki PEPERIKSAAN PROFESIONAL AKHIR.
  • Setelah anda lulus PEPERIKSAAN PROFESIONAL AKHIR, anda adalah seorang DOKTOR PERUBATAN.

Peluang Terbentang Luas Dalam Bidang Perubatan

Program ini ditawarkan oleh Fakulti Perubatan. Ijazah Sarjana Muda Perubatan adalah program 5 tahun yang direka untuk meletakkan asas yang kukuh untuk kerjaya yang mencabar anda dalam bidang perubatan. Program berbentuk modular dalam dua (2) fasa:

Fasa Huraian Tahun
Fasa 1 Sains Perubatan Asas 1 - 2
Fasa 2 Fasa Klinikal – Pengajian penjagaan pesakit dalam persekitaran klinikal, di hospital dan komuniti 3 - 5

Struktur Program


Laluan Kerjaya

Selepas tamat pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS), graduan perubatan Kolej Universiti Widad layak berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan memulakan housemanship di hospital-hospital kerajaan.

Setelah tamat Housemanship, doctor-doktor ini akan meneruskan kerjaya sebagai pegawai Perubatan atau meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang Kepakaran yang diminati.

Apa khabar.. nama saya .

Sila taip nombor telefon bimbit anda dan mulakan perbualan.

Chat Dgn Kami