Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan
Sarjana Muda Pembedahan (MBBS)

Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS)

Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) ialah satu program selama 5 tahun yang ditawarkan oleh Fakulti Perubatan di Widad University College.

Kursus perubatan di Malaysia ini telah dirangka bagi memastikan anda bersedia untuk menghadapi dunia perubatan yang mencabar melalui pengalaman klinikal, pengetahuan, peluang penyelidikan ekstensif dan amalan klinikal.

Kami mempunyai tujuan bagi melatih pelajar di dalam bidang perubatan yang mencabar melalui pendekatan inovatif dan sokongan penuh daripada pengamal dan professor berpengalaman.

Mereka akan diberikan peluang untuk mendapatkan pendekatan berharga dalam dunia pembedahan, pakar perubatan dan ahli akademik perubatan dengan universiti yang menawarkan bidang perubatan terbaik di Malaysia.

Syarat Kemasukan

Pilihan 1: Kemasukan dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / A-Level

  • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / A-Level dengan mana-mana kombinasi berikut:
    • Biologi, Kimia dan Fizik / Matematik (Gred AAC)
    • Biologi, Kimia dan Fizik / Matematik (Gred ABC)
    • Biologi, Kimia dan Fizik / Matematik (Gred BBB)

Pilihan 2: Kemasukan dengan Matrikulasi / Asasi Sains / Kursus Pra-Perubatan

  • Lulus Matrikulasi / Asasi Sains / Kursus Pra-Perubatan dengan PNGK 3.0 dalam purata 3 matapelajaran, dimana setiap matapelajaran tidak boleh kurang dari PNGK 2.0.
    • Biologi
    • Kimia
    • Fizik / Matematik
  • Kursus tersebut mesti tidak kurang dari satu tahun didalam institusi yang sama dan telah di akreditasi.
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / O-Level dengan memperolehi 5B dalam matapelajaran:
    • Biologi
    • Kimia
    • Fizik
    • Matematik / Matematik Tambahan
    • Mana-mana satu matapelajaran lain

Pilihan 3: Kemasukan dengan Diploma berasaskan Sains Kesihatan syarat kelayakan minima

  • Lulus Diploma Sains Kesihatan dengan CGPA 3.5
  • Kursus tersebut mesti tidak kurang dari lima (5) semester ATAU dua tahun setengah (2 ½) institusi yang sama dimana diploma di ambil dan program telah mendapat akreditasi
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / O-Level dengan:
    • Minimum gred B dalam dua matapelajaran: Biologi / Kimia / Fizik
    • Kredit Bahasa Inggeris
    • Kredit Matematik / Matematik Tambahan
    • Kredit satu matapelajaran lain

Pilihan 4: Kemasukan dengan Unified Examination Certificate (UEC)

  • Memperolehi B4 dalam lima (5) subjek:
    • Biologi
    • Kimia
    • Fizik
    • Matematik
    • Matematik Tambahan

Syarat Tambahan

Pemohon dikehendaki menghadiri temubual sebelum kemasukan ke program Perubatan universiti.

Lain-Lain Maklumat

Semua pemohon dihendaki mengisytiharkan sekiranya mereka:

  • Telah didapati bersalah atas apa-apa kesalahan jenayah; dan/atau
  • Penyakit fizikal atau mental yang serius; dan/atau
  • Penyakit berjangkit yang serius dimana ia boleh memberi kesan kepada profesion mereka kelak.

Seseorang yang mempunyai situasi berikut akan hilang kelayakan mereka dari memasuki program perubatan:

  • Didapati bersalah atas kesalahan yang mempengaruhi tubuh manusia; dan/atau
  • Ketidakjujuran yang sangat serius; contoh: menipu ketika peperiksaan, memalsukan dokumen, plagiarisme; dan/atau
  • Penyakit fizikal atau mental yang serius; dan/atau
  • Penyakit berjangkit yang serius.

Sebarang kegagalan untuk mengistiharkan apa-apa maklumat yang mempengaruhi kecergasan pelajar, boleh menyebabkan kursus perubatan mereka dibatalkan. Kejujuran, integriti dan kesihatan yang baik adalah sifat yang penting bagi pelajar perubatan.

Sila ambil perhatian bahawasanya semua keperluan yang dinyatakan di atas adalah kriteria akademik yang minimum dan tidak menjamin kemasukan ke Widad University College.

Kurikulum, Kaedah Pembelajaran & Penilaian

Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) merupakan program 5 tahun yang direka untuk meletakkan asas yang kukuh untuk kerjaya yang mencabar anda dalam bidang perubatan. Program berbentuk modular ini di atur dalam dua fasa.

Fasa 1 - Sains Perubatan Asas

Pada dua tahun pertama,pelajar akan didedahkan matapelajaran sains asas seperti anatomi manusia, fisiologi, patologi dan lain-lain.

Pelajar akan dimaklumkan mengenai interaksi masyarakat dan alam sekitar terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusia.

Pelajar juga akan dibimbing dalam perkembangan minda secara saintifik untuk memperoleh sifat profesional,kemahiran asas klinikal yang diperlukan untuk ke fasa pembelajaran seterusnya iaitu pengenalan awal kepada klinikal perubatan.

Di akhir tahun dua pelajar akan menduduki PEPERIKSAAN PROFESIONAL PERTAMA.

Fasa 2 - Fasa Klinikal

Untuk tiga tahun seterusnya iaitu fasa kedua pembelajaran, pelajar akan memperolehi pengetahuan berkaitan klinikal dan meningkatkan kemahiran klinikal agar menjadi doktor yang selamat, cekap,efektif,baik dan berperikemanusiaan.

Pelajar akan secara beransur-ansur belajar "Kesenian Kedoktoran" daripada pensyarah tempatan dan antarabangsa yang berpengalaman pakar klinikal. Mereka akan memberi inspirasi untuk melanjutkan kerjaya selepas tamat pengajian dan mengamal pelajaran sepanjang hayat.

Pada akhir tahun kelima, pelajar akan menduduki PEPERIKSAAN PROFESIONAL AKHIR.

Tamat Program

Selepas tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS), graduan perubatan Widad University College layak berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan memulakan housemanship di hospital-hospital kerajaan.

Setelah tamat Housemanship, doctor-doktor ini akan meneruskan kerjaya sebagai pegawai Perubatan atau meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang Kepakaran yang diminati.

Struktur Program

Semester 1

  • Function & metabolism of cells & tissues
  • Cells & tissues structure & development
  • Genetics
  • Nutrition
  • Basic Pathology
  • Penghayatan Etika dan Peradaban
  • Writing Skill

Semester 2

  • Human-Environment interface
  • Behavioural Science
  • Public Health & Research Methodology
  • Falsafah & Isu Semasa

Semester 3

  • Locomotor & Nervous System
  • Respiratory System
  • Cardiovascular System
  • Renal And Urinary System
  • Dasar Awam Kerajaan Malaysia

Semester 4

  • Digestive & Biliary Systems
  • Endocrine System
  • Reproductive System
  • Haemopoetic System
  • Bakti Siswa

Semester 5-6

  • Foundation Clinical Method
  • Internal Medicine 1
  • General Surgery 1
  • General Paediatrics
  • Women’s Health 1

Semester 7-8

  • Orthopaedics
  • Trauma & Medical emergencies
  • Family Medicine
  • Radiology
  • Clinical Lab
  • Palliative & Critical Care
  • Community Medicine
  • Forensic
  • Opthamology
  • ENT
  • Electives

Semester 9-10

  • Internal Medicine 2
  • General Surgery 2
  • Women’s Health 2
  • Psychiatry
  • Paediatrics/Neonatology

Pengiktirafan

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)

Widad University College diiktiraf sebagai COMPETITIVE (BERDAYA SAING) pada SETARA 2022.

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) telah memperolehi AKREDITASI PENUH dari MQA.

Malaysian Medical Council

Dalam Senarai World Directory of Medical Schools

Bersama Educational Commission for Foreign Medical Graduates (ECFMG) SPONSOR NOTE

Tutelage Study - World's Local Education Consultant

Kami dikategorikan antara 10 Program Perubatan terbaik di Malaysia. Kami juga adalah program perubatan yang paling kompetitif dari segi pembiayaan yuran.

The Golden Globe Tigers Awards

Widad University College diiktiraf sebagai “BEST ACADEMIC INSTITUTIONS”.

Bantuan Kewangan

MARA Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP)
Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN)
Yayasan
Royal Widad
AFFIN Education
Financing-i

Penempatan Klinikal

Hospital Tengku Ampuan Afzan
Kuantan

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
Temerloh

Hospital Sultanah Hajjah Kalsom
Cameron Highlands

Hospital Pekan

Hospital Kuala Lipis

Laluan Pendidikan

Langkah 1

MBBS

Langkah 2

Ijazah Sarjana

Langkah 3

Kursus Sub-Bidang

Langkah 4

Pakar

Langkah 5

Konsultan Pakar

Laluan Kerjaya

  • Pegawai Housemanship
  • Pegawai Perubatan (Pengamal Perubatan Am)
  • Pegawai Perubatan (Pengurus Kesihatan)
  • Pakar (Hospital Kerajaan)
  • Pakar (Hospital Swasta)
  • Konsultan (Industri Berkaitan Kesihatan Lain)
  • Konsultan (Pengajar Perubatan di Universiti)

Alumni Kami

Dr. Anisah Hasan menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) di Kolej Universiti Widad, Kuantan Pahang

Dr. Anisah Hasan

Ambilan Julai 2012

Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM

Dr. Nuur Qamarina Mohd Bakri menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) di Kolej Universiti Widad, Kuantan Pahang

Dr. Nuur Qamarina Mohd Bakri

Ambilan Julai 2012

Hospital Kuala Lumpur

Dr. Muhammad Ali Hafiz bin Mohd Nazri menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) di Kolej Universiti Widad, Kuantan Pahang

Dr. Muhammad Ali Hafiz bin Mohd Nazri

Ambilan Julai 2012

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah

Dr. Muhammad Luqman Mohd Faisol menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) di Kolej Universiti Widad, Kuantan Pahang

Dr. Muhammad Luqman Mohd Faisol

Ambilan Julai 2013

Klinik Kesihatan Sabak Bernam

Dr. Widaad Abdul Washeff menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) di Kolej Universiti Widad, Kuantan Pahang

Dr. Widaad Abdul Washeff

Ambilan September 2013

Hospital Kajang

Dr. Nur Aina Syafiqah Jamian menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) di Kolej Universiti Widad, Kuantan Pahang

Dr. Nur Aina Syafiqah Jamian

Ambilan Julai 2016

Hospital Batu Pahat

Dr. Nur Sakinah Nazihah Abdul Ghani menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) di Kolej Universiti Widad, Kuantan Pahang

Dr. Nur Sakinah Nazihah Abdul Ghani

Ambilan Julai 2016

Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang

Dr. Muhammad Khairi Ramli menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) di Kolej Universiti Widad, Kuantan Pahang

Dr. Muhammad Khairi Ramli

Ambilan Julai 2017

Hospital Kemaman

Dr. Intan Munirah Mohd Saiful Segar menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) di Kolej Universiti Widad, Kuantan Pahang

Dr. Intan Munirah Mohd Saiful Segar

Ambilan Julai 2017

Hospital Tengku Ampuàn Afzan, Kuantan

Dr. Megat Muhammad Syarif Hamdani Megat Ahmad Kamaluddin menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) di Kolej Universiti Widad, Kuantan Pahang

Dr. Megat Muhammad Syarif Hamdani Megat Ahmad Kamaluddin

Ambilan Julai 2018

Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang

Soalan Lazim

1Apa itu Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) dan apakah peluang kerjaya selepas tamat pengajian?

MBBS adalah program ijazah yang menyediakan pelajar untuk menjadi doktor perubatan. Selepas tamat pengajian, graduan boleh memulakan housemanship di hospital-hospital kerajaan, dan seterusnya meneruskan kerjaya sebagai pegawai perubatan atau melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang kepakaran.

2Apakah tempoh pengajian untuk kursus Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) di WIDAD University College?

Tempoh pengajian untuk kursus Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) adalah selama 5 tahun.

3Bilakah waktu kemasukan untuk kursus Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) ini?

Kemasukan untuk kursus Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) adalah pada bulan Mac dan September setiap tahun.

4Apakah struktur kurikulum untuk kursus Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) di Kuantan?

Kurikulum Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) di WIDAD Kuantan terdiri daripada dua fasa: Fasa 1 melibatkan Sains Perubatan Asas selama dua tahun pertama dan Fasa 2 melibatkan Fasa Klinikal untuk tiga tahun seterusnya.

5Adakah pelajar perlu menghadiri temuduga untuk permohonan masuk MBBS Malaysia di WIDAD University College?

Ya, pemohon dikehendaki menghadiri temuduga sebelum kemasukan ke program MBBS.

6Apakah syarat kelayakan bidang perubatan lepasan SPM untuk kursus Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan?

Pemohon perlu lulus SPM/O-Level dengan gred tertentu dalam subjek Biologi, Kimia, Fizik, Matematik, dan satu subjek lain.

Kenapa Pilih Widad

Pengalaman

Mula menawarkan program sejak 2012

Pengiktirafan

Diiktiraf oleh MQA & MMC. Tersenarai dalam World Directory of Medical Schools

Pensyarah

Berkelayakan dan berpengalaman

Pencapaian

98% Kadar kebolehpasaran dan 100% Graduate on Time (GoT)

Sokongan Kewangan *

Sokongan kewangan tersedia dari MARA, PTPTN, Yayasan Royal Widad

* Terma & Syarat
Latihan Klinikal

Latihan Pra-klinikal & Klinikal berpusat di Kuantan

Fasiliti

Fasiliti yang lengkap

Duit Poket *

RM4000 setahun

* Terma & Syarat
Kerjaya

Layak untuk bekerja di luar negara

Perlu Bantuan

Kami berbesar hati untuk membantu anda.
Klik pada ikon untuk berkomunikasi dengan wakil kami.

Professor Dr. Jamaludin Zainol Dekan, Fakulti Perubatan 012-302 2806
Puteri Nur Ilahi Azlin Kamal Razaman Bantuan Pelawat 010-905 8360

Apa khabar.. nama saya .

Sila taip nombor telefon bimbit anda dan mulakan perbualan.

Chat Dgn Kami