Program Pemerkasaan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) Negeri Pahang merupakan satu program yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Pahang dengan hasrat mengumpulkan sesemua GPS di negeri Pahang dalam satu program demi mengeratkan hubungan sesama ahli disamping memperkasakan ilmu kepenggunaan dikalangan peserta. Seramai 20 ahli GPS dari Institut Pendidikan Tinggi seluruh negeri Pahang mengambil bahagian dalam program kali ini yang diadakan di Cameron Highland Pahang. Berbagai acara menarik seperti pertandingan boling buah kelapa, futsal, pertandingan memasak dan menyumpit turut diadakan bagi memeriahkan lagi program yang turut disertai oleh penduduk setempat.