Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Pahang Telah mengadakan Program “Mini Gathering” Angkatan Mahasiawa Anti Rasuah (AMAR) Zon Negeri Pahang Pada 27 September 2022 bertempat di Mandurah Hotel Jalan Beserah Kuantan Pahang. Seramai 200 orang mahasiswa daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT)yang berdaftar sebagai AMAR Zon Negeri Pahang turut bersama dalam majlis ini termasuk penyelaras AMAR IPT masing-masing. Tujuan utama program ini antara lainnya ialah untuk meningkatkan motivasi dan penerapan elemen anti rasuah dalam kalangan ahli AMAR. Disamping itu, kerjasama strategik di antara SPRM negeri Pahang dengan AMAR ZON Pahang dapat diperkukuhkan dengan mempertingkatkan usahasama dalam menyediakan bakal graduan yang membanteras dan mencegah rasuah, salah guna kuasa, serta penyelewengan di alam pekerjaan kelak. Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Puan PPj Shazleen Binti Md Noh, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Pahang.