Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.
Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.
Sila buat pilihan kategori permohonan di menu sebelah kiri. Bagi pemohon yang menggunakan telefon bimbit, sila akses menu melalui "icon" di penjuru atas kanan. ("icon" tiga garisan)
Selepas membuat pilihan, anda akan dibawa terus ke borang permohonan
Kolej Universiti Widad menawarkan tiga (3) peringkat program iaitu:
Sebelum mengisi borang, pastikan anda mempunyai keputusan peperiksaan dan nombor telefon yang boleh dihubungi.
Isikan kesemua maklumat yang mempunyai tanda .
Isikan maklumat tahun peperiksaan SPM sebelum mengisi tiga (3) pilihan kursus program.
Pastikan alamat rumah adalah betul dan terkini untuk proses penghantaran surat tawaran.
Isikan maklumat peperiksaan lain seperti MUET dan lain-lain sekiranya ada.
Apabila maklumat telah lengkap di isi, anda dikehendaki tekan butang Teruskan di bahagian bawah untuk proses pemeriksaan maklumat.
Sekiranya maklumat adalah lengkap, sistem akan benarkan anda membuat pemeriksaan terakhir sebelum maklumat dihantar secara rasmi.
Sekiranya terdapat kesilapan atau penambahan maklumat, anda boleh tekan butang Pembetulan dibahagian bawah untuk proses tersebut. (mula dari Langkah 2)
Status permohonan anda akan dipaparkan serta-merta selepas butang Hantar Permohonan ditekan. Sekiranya berjaya dan tarikh pendaftran telah ditetapkan oleh Kolej Universiti Widad, anda dibenarkan mencetak Surat Tawaran Bersyarat dari laman web kami.
Surat Tawaran Rasmi akan dihantar ke alamat rumah anda atau diberikan ketika anda datang mendaftar di Kolej Universiti Widad.
Anda dikehendaki mengisi maklumat keluarga sehingga lengkap. Maklumat-maklumat tersebut akan disertakan dalam Borang Pendaftaran yang anda harus cetak dan bawa ketika datang mendaftar di Kolej Universiti Widad.
Proses mengemaskini maklumat boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum tarikh pendaftaran.