Program yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar Widad University College ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang penyakit berjangkit yang boleh disebarkan melalui perhubungan seks bebas terutamanya HIV dan sifilis. Pencerahanmengenai penyakit ini telah diberikan oleh Doktor Nurul Farah Bt Adnan dari unit HIV/STI/HepC, Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan. Selain itu, peserta juga telah diberikan ujian saringan penyakit HIV dan sifilis oleh kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan.