Program kerjasama Widad dan Sekolah Kebangsaan Saint Thomas ini bertujuan untuk meningkatkan pembangunan murid secara holistik dari segi jasmani emosi rohani dan intelek serta memberi pengikhtirafan kepada pemimpin muda yang turut serta.. Ini turut menjadi tunjang asas kepada usaha pembaikan system pendidikan sejak Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal pada tahun 1988. Secara tidak langsung program ini diharapkan mampu membentuk jatidiri dan disiplin yang tinggi di kalangan semua peserta yang terlibat. Semua peserta diharapkan sentiasa mengamalkan budaya amalan baik dalam kehidupan seharian di samping melakukan tugas yang diamanahkan dengan dedikasi dan penuh rasa tanggungjawab.