Majlis menandatangani MoU di antara Widad Education Sdn Bhd dan BWFW Medic Sdn Bhd (Hospital Wanita dan Kanak kanak Andorra) merupakan satu program kerjasama dalam memacu bidang bidang di dalam sains kesihatan. Dengan terjalinnya hubungan di antara Widad dan Andorra ini, maka kerjasama dengan lebih rapat akan terjalin dalam membangunkan modul modul pengajaran, silibus, serta menjalankan penyelidikan di dalam bidang sains kesihatan. Secara tidak langsung, ini akan mempastikan bahawa pensyarah, kakitangan dan juga para pelajar akan sentiasa mendapat maklumat terkini di dalam bidang sains kesihatan. ini juga akan memberikan nilai tambah terutamanya kepada para pelajar. Widad dan Andorra juga akan bekerjasama dalam bidang bukan akademik seperti dalam menganjurkan kursus kursus dan seminar yang mana bukan sahaja memberikan impak kepada warga kerja Widad dan Andorra, tetapi turut memberi impak kepada masyarakat amnya. Kerjasama ini juga akan membuka ruang dan peluang kepada para pelajar Widad untuk menjalani latihan industri di Andorra dan seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada para pelajar setelah mereka bergraduat nanti.