Program Semarak Jalur Gemilang ini merupakan satu lagi program yang dijalankan bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan yang bermula 1 Ogos hingga 16 September setiap tahun. Sambutan hari ulang tahun kemerdekaan ke-63 ini dimeriahkan lagi dengan program mengecat Jalur Gemilang yang diadakan di perkarangan café Widad.. Program telah dirasmikan oleh YH Dato Dr Nasir Mat Dam selaku Naib Canselor Widad University College dan turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi Widad Education. Penglibatan kakitangan dan pelajar turut merancakkan lagi kemeriahan sambutan bulan kemerdekaan dengan penuh kebanggaan dan semangat patriotik.