Seramai 14 orang pelajar yang mengikuti ke pasaraya cowboy . Pihak penginapan memilih pasaraya paling besar di kuantan ini kerana mempunyai 4 tingkat berbanding pasaraya lain. Apa yang menarik di sini, segala keperluan barangan kelengkapan rumah, barangan belajar, makanan kering & banyak lagi boleh di dapati di pasaraya ini. Unit Penginapan telah menganjurkan program ini untuk membantu pelajar asrama membeli barangan yang bersaiz besar untuk dibawa menaiki bas bagi yang tiada kenderaan sendiri. Unit Penginapan juga prihatin serta peka dalam membantu pelajar & menyelesaikan masalah pelajar bagi menjadikan asrama sebagai pusat pembelajaran kedua serta pemangkin kepada kecemerlangan akademik & insaniah pelajar