Bahagian Kepenggunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menganjurkan Majlis perdana Gerakan Pengguna Siswa (MPGPS) 2022 yang diadakan di UiTM Arau Perlis pada 28 – 30 Jun 2022. Majlis bertujuan untuk merapatkan perhubungan diantara ahli-ahli Gerakan Pengguna Siswa seluruh negara disamping membantu KPDNHEP untuk menyampaikan mesej kepnggunaan kepada semua peserta terlibat. WUC diwakili oleh dua orang peserta yang bersama-sama ahli GPS dari seluruh negeri Pahang untuk menyertai program tersebut. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato Rosol Bin Wahid selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna