Tahniah kepada semua ahli KLKM Widad yang turut serta menjayakan Majlis Pelancaran Kempen Laut Bebas Plastik Peringkat Negeri Pahang pada 19 Ogos lalu di pantai Sepat Kuantan Pahang. Program kerjasama Majlis pengakap Kelana Negeri Pahang dan Jabatan Perikanan Negeri Pahang ini bertujuan untuk menerapkan budaya menjaga alam sekitar di kalangan masyarakat setempat khususnya di ekosistem laut dan pantai.