Lawatan Sambil Belajar Ke Andorra Women and Children Hospital dianjurkan oleh pelajar kejururawatan tahun 3 pada 26 Ogos 2022 yang lalu. Ia bertujuan untuk membantu pelajar lebih bersedia dari segi mental, emosi dan fizikal sebelum mereka pergi ke penempatan klinikal di Hospital. Pelajar juga boleh mengalami situasi sebenar yang akan mereka hadapi di Hospital semasa penempatan klinikal dengan mengambil bahagian dalam aktiviti penjagaan pesakit semasa lawatan dan juga akan dapat menggunakan kemahiran mereka perolehi semasa lawatan Hospital Wanita & Kanak-kanak Andorra semasa penempatan klinikal mereka.Program ini adalah kesinambungan daripada program yang dijalankan sebelum ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang situasi pekerjaan sebenar.