Program ini berlangsung bersempena dengan tarikh Hari Aids Sedunia yang jatuh pada 1 Disember 2022. Program kerjasama diantara Pejabat Kesihatan Daerah dengan Widad University College dan Widad College ini telah disertai oleh pelajar-pelajar sekolah menengah dan juga pelajar-pelajar daripada IPTS di sekitar Kuantan. Widad University College telah diwakili oleh pelajar Program Diploma Kejururawatan. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YH Dato' Dr. Haji Nasir Mat Damselaku Naib Canselor Widad University College bersama Dr. Mohd Rahim bin Sulong , Pegawai Pejabat Kesiahatan Daerah Kuantan.