Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MBBS), ialah satu program selama 5 tahun yang ditawarkan
oleh fakulti perubatan di Widad University College. Kursus perubatan di Malaysia ini telah
dirangka bagi memastikan anda bersedia untuk menghadapi dunia perubatan yang mencabar
melalui pengalaman klinikal, pengetahuan, peluang penyelidikan ekstensif dan amalan klinikal.
School Of Medicine (MBBS)
Kami mempunyai tujuan bagi melatih pelajar di dalam bidang perubatan yang mencabar melalui
pendekatan inovatif dan sokongan penuh daripada pengamal dan professor berpengalaman.
Mereka akan diberikan peluang untuk mendapatkan pendekatan berharga dalam dunia
pembedahan, pakar perubatan dan ahli akademik perubatan dengan universiti yang
menawarkan bidang perubatan terbaik di Malaysia.
Program 5 tahun ini dibahagikan kepada 2 fasa berbeza. Dalam fasa pertama, pelajar akan
membiasakan diri dengan pengetahuan asas subjek saintifik seperti patologi, anatomi dan
sebagainya. Pengetahuan klinikal mereka akan dipadankan dengan gabungan latihan integrasi
untuk memupuk dan mengasuh kemahiran klinikal serta menyediakan platform kepada pelajar
bagi memahami amalan klinikal dan penaakulan amalan tersebut. Fasa kedua Ijazah Sarjana
Muda Perubatan Kolej University Widad mengandungi aplikasi perkara yang telah mereka pelajari
sepanjang dua tahun pertama pengajian. Ia melibatkan penyelidikan mengenai disiplin klinikal
dan mendapatkan pengalaman langsung di dalam dunia klinikal untuk menjadi seorang pakar
perubatan berjaya.
Salah satu daripada faedah menyertai Kolej University Widad ialah para pelajar daripada
golongan B40 layak menerima beasiswa berjumlah RM50 000 dari Yayasan Diraja Widad
beserta RM400 sebagai elaun bulanan apabila mereka membuat permohonan bagi bidang
perubatan di Malaysia. Di samping itu, mereka juga akan menerima tempat penginapan dan
pengangkutan percuma sepanjang tempoh program.
Program MBBS Widad berwawasan untuk mengasah minda bakal profesional perubatan masa
hadapan. Ini adalah salah satu sebab mengapa Ijazah Sarjana Muda Perubatan Kolej University Widad
adalah pilihan terbaik bagi para pelajar di Malaysia.
Syarat Kemasukan
Pilihan 1: Kemasukan dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / A-Level
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / A-Level dengan gred BBB, ABC atau AAC dalam
tiga (3) matapelajaran:
Biologi
Kimia
Fizik ATAU Matematik
Pilihan 2: Kemasukan dengan Matrikulasi / Asasi Sains / Kursus Pra-Perubatan
Lulus Matrikulasi / Asasi Sains / Kursus Pra-Perubatan dengan CGPA 3.0 dalam PURATA tiga
matapelajaran:
Biologi
Kimia
Fizik ATAU Matematik
Kursus tersebut mesti tidak kurang dari satu (1) tahun didalam institusi yang sama dan telah di
akreditasi.
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / O-Level dengan memperolehi 5B dalam matapelajaran:
Biologi
Kimia
Fizik
Matematik ATAU Matematik Tambahan
Mana-mana satu (1) matapelajaran lain
Lulus Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pilihan 3: Kemasukan dengan Unified Examination Certificate (UEC)
Memperolehi B4 dalam lima (5) subjek:
Biologi
Kimia
Fizik
Matematik
Matematik Tambahan
Pilihan 4: Kemasukan dengan International Baccalaureate (IB)
Minimum 30 mata dengan minimum dua (2) subjek sains ATAU Matematik di peringkat
Higher Level (HL) dan satu (1) subjek sains di peringkat Standard Level (SL) dengan markah
minimum sebanyak 4 dalam setiap subjek berikut:
Biologi
Kimia
Fizik ATAU Matematik
Pilihan 5: Kemasukan dengan Diploma berasaskan Sains Kesihatan syarat kelayakan minima
Lulus Diploma Sains Kesihatan dengan CGPA 3.5
Kursus tersebut mesti tidak kurang dari lima (5) semester ATAU dua tahun setengah
(2 ½) institusi yang sama dimana diploma di ambil dan program telah mendapat akreditasi
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / O-Level dengan:
Minimum gred B dalam dua matapelajaran: Biologi / Kimia / Fizik
Tiga (3) kredit dalam matapelajaran:
Bahasa Inggeris
Kredit Matematik ATAU Matematik Tambahan
Satu (1) matapelajaran lain
Syarat Tambahan
Pemohon dikehendaki menghadiri temubual sebelum kemasukan ke program Perubatan universiti.
Lain-Lain Maklumat
Semua pemohon dihendaki mengisytiharkan sekiranya mereka:
Telah didapati bersalah atas apa-apa kesalahan jenayah;
Penyakit fizikal atau mental yang serius; dan/atau
Penyakit berjangkit yang serius.
dimana ia boleh memberi kesan kepada profesion mereka kelak.
Seseorang yang mempunyai situasi berikut akan hilang kelayakan mereka dari memasuki program
perubatan:
Didapati bersalah atas kesalahan yang mempengaruhi tubuh manusia; dan/atau
Ketidakjujuran yang sangat serius; contoh: menipu ketika peperiksaan, memalsukan
dokumen, plagiarisme; dan/atau
Penyakit fizikal atau mental yang serius; dan/atau
Penyakit berjangkit yang serius.
Sebarang kegagalan untuk mengistiharkan apa-apa maklumat yang mempengaruhi kecergasan pelajar,
boleh menyebabkan kursus perubatan mereka dibatalkan. Kejujuran, integriti dan kesihatan yang
baik adalah sifat yang penting bagi pelajar perubatan.
Sila ambil perhatian bahawasanya semua keperluan yang dinyatakan di atas adalah kriteria
akademik yang minimum dan tidak menjamin kemasukan ke
Widad University College.