Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.
Doktor Falsafah /PhD (Pengurusan) memberi penekanan kepada penyelidikan sebagai syarat utama untuk memperoleh ijazah.
Sementara itu, tidak ada jumlah kredit yang diperlukan untuk bergraduasi, pelajar perlu mendaftar beberapa kursus untuk memperkukuhkan asas pengetahuan mereka. Pelajar juga dikehendaki menyertai perbincangan akademik dan pembentangan seminar. Pada akhir program, pelajar diminta menyerahkan tesis kepada Thesis Examination Committee sebagai sumbangan signifikan terhadap pengetahuan yang dikuasai dalam bidang yang dipilih.
Kepakaran kami adalah dalam bidang-bidang berikut:
Pengurusan Perakaunan
Pengurusan Kewangan
Keusahawanan
Pengurusan Teknologi
Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan Perniagaan
Pengurusan Pemasaran
E - dagang
Pengurusan Projek
Pengurusan Strategik
Pengurusan Kualiti
Pengurusan Kepimpinan
Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan
Rantaian Bekalan dan Pengurusan Logistik
Pengurusan Korporat
Pengurusan Persekitaran
Pengurusan Inovasi
Perhubungan Awan dan Pengiklanan
Pengurusan Penjagaan Kesihatan
Tadbir Urus Korporat
Tingkahlaku Organisasi
Pengurusan Bukan Keuntungan
Peniagaan Antarabangsa
Pengurusan Risiko
Pengurusan Harta Tanah
Pengurusan Undang-Undang
Penyelidikan Operasi
Etika Perniagaan
Pengurusan Reka Bentuk
Polisi Ekonomi
Syarat Kemasukan
Pilihan 1: Graduan Sarjana Secara Kerja Kursus
Calon mestilah lulus Ijazah Sarjana dengan PNGK minimum 3.00 dalam bidang berkaitan dari universiti yang diiktiraf.
Pilihan 2: Graduan Sarjana secara Penyelidikan
Calon mestilah lulus Ijazah Sarjana atau setara dalam bidang yang berkaitan dari universiti yang diiktiraf.
Pilihan 3: Graduan Sarjana Muda
Calon mesti mempunyai Ijazah Sarjana Muda kelas pertama PNGK minimum 3.67 atau setaraf dalam bidang yang berkaitan dari universiti yang diiktiraf.
Syarat Bahasa Inggeris
Pelajar antarabangsa mestilah mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan mempunyai salah satu kelayakan berikut:
Skor TOEFL minimum 550 ATAU
Skor IELTS minimum 6.0 ATAU
Skor MUET minimum Band 4.
Pengecualian: Pelajar dari negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia dan New Zealand yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Mereka perlulah mengemukakan bukti sebagai pengesahan.
Pelajar antarabangsa yang memliliki Sarjana Muda dari mana-mana Universiti di Malaysia.
Laluan Kerjaya
Doktor Falsafah/PhD (Pengurusan ) membangunkan pengetahuan dan kemahiran praktikal yang diperlukan untuk perkembangan kerjaya di masa hadapan. Ini akan mempersiapkan diri anda untuk bekerja di dalam negara atau di arena antarabangsa.
Graduan mampu memegang sebarang jawatan dalam sektor awam atau swasta. Antara jawatan yang ada untuk graduan adalah pensyarah, penyelidik dan pengurus.
Terima kasih kerana telah memilih Widad University College sebagai destinasi pengajian anda. Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pihak kami akan memastikan pendaftaran pelajar baru sesi 2020/2021 berjalan dengan lancar.
Sekiranya anda berhasrat untuk memilih program ijazah Widad University College, sila tekan di sini.
Sekiranya anda sudah menerima surat tawaran dan ingin membuat pendaftaran, sila tekan di sini.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, sila hubungi bahagian kemasukan dan rekod pelajar di 09-5737777 sambungan 1043 atau pegawai perunding kami di talian 0109058360 (Cik Ain) / 0193285269 (Cik Ezani).