Pada 24 Julai 2024, WIDAD University College telah melancarkan Kelab Doktor Muda WIDAD-BRASS dalam satu majlis yang meriah dan penuh makna. Acara berprestij ini berlangsung di Auditorium WIDAD University College pada pukul 9:30 pagi. Pelancaran ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Jabatan Hal Ehwal Pelajar WIDAD University College, WIDAD Medical Society (WiMed) dan SMK Bukit Rangin (BRASS). Para pelajar dan kakitangan yang hadir telah diberi peluang untuk mengenali lebih lanjut tentang inisiatif baharu yang bertujuan memberi pendedahan awal dalam bidang perubatan dikalangan anak muda terutama kepada pelajar sekolah di dalam aliran sains. Majlis ini secara tidak langsung telah menandakan permulaan satu program yang bertujuan untuk melahirkan bakal doktor muda yang berpotensi pada masa hadapan. Pelancaran Kelab Doktor Muda WIDAD-BRASS ini juga bertujuan untuk menginspirasi pelajar mengejar kerjaya dalam bidang perubatan dengan menampilkan peluang dan sokongan yang tersedia serta mengukuhkan kerjasama antara WIDAD University College, WIDAD Medical Society dan SMK Bukit Rangin dalam membentuk komuniti profesional kesihatan masa depan. Selain itu, ia juga menyediakan platform untuk pelajar berinteraksi dengan profesional perubatan, memperoleh wawasan dan motivasi bagi pelajaran dan kerjaya mereka serta menekankan kepentingan pendidikan perubatan dan peranan doktor muda kepada masyarakat dalam mempromosikan budaya prihatin. Barisan hadapan Kelab Doktor Muda WIDAD-BRASS terdiri daripada Prof. Dr. Jamaludin Bin Zainol selaku Dekan Fakulti Perubatan, WIDAD University College, dan Pn. Norasnida Binti Mohd Arif selaku Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin, Kuantan. Sementara itu, 5 penasihat bersama program ini terdiri daripada Dr. Hasbullani Bin Zakaria, Dr. Belqees Ahmed Qaid Allaw, Pn. Nor Mala Binti Daud, Pn. Nabilah Binti Kamaruzaman, dan Pn. Asnor Samiza Binti Mohd Salleh. Selain itu, kelab ini juga dianggotai oleh pengerusi bersama iaitu Muhammad Aidzuddin Bin Mohd Yusuff dan Syed Ahmad Naufal Alyahya Bin Syed Khalil, manakala 12 Ahli Jawatankuasa BRASS turut bersama merealisasikan program ini, iaitu Nurul Syuhada Binti Ahmad Ghazali, Nur Aliya Marsya Binti Mazlan, Ilyana Binti Mustafa, Aelyana Binti Mohamad Rezali, Aisyah Umairah Binti Zakaria, Azalia Najihah Binti Azmawi, Norsyifaa Afrina Binti Norlizam, Afifa Isnaira Binti Mohd Khazani, Raiyan Khairdanee Bin Mohamad Sanusi, Muhd Ameer Azhad Zhafran Bin Mohd Yusoff, Ammar Ziqry Bin Abdullah, dan Muhammad Hazeeq Zikri Bin Mohd Alhakimi.