Seramai 78 pelajar serta 2 pegawai pengiring Widad dengan kerjasama 6 pegawai Jabatan Hutan Kuantan telah terlibat dalam program ini. Pegawai ini telah sudi menjadi tour guide bagi membimbing & menunjuk arah sepanjang perjalanan di dalam hutan simpan kekal paya bakau.Aktiviti jungle trekking ini dimulakan dengan bacaan doa & sedikit taklimat. Para pelajar telah melalui kawasan hutan dengan laluan yang mencabar & mengambil masa kira-kira 2 jam sehingga tiba di destinasi penamat dengan selamat, Allhamdulillah. Objektif program ini adalah mendedahkan pelajar dengan kehidupan flora & fauna .Disamping itu, pelajar dapat mencari pengalaman begitu indah menjelajahi hutan paya bakau di tepi sungai kuantan ,terdapat juga menara melihat burung sebagai tarikan di tempat pelancongan ini. Kesimpulannya, Program seperti ini juga boleh mengeratkan silaturahim antara pelajar2 & aktiviti yang sihat ini dapat diteruskan di masa akan datang dengan lokasi yang berbeza.