Singgah Sahur

Program Singgah Sahur telah dianjurkn oleh Majlis Perwakilan Residensi Pelajar (MPRP) Widad University College dan Widad College dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP). Program yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada MPRP bagi menguruskan program demi memantapkan kepimpinan dan kerjasama antara ahli kumpulan disamping untuk mengeratkan lagi hubungan antara MPRP, warga residensi siswi dan juga pihak HEP. Program yang disertai oleh 70 pelajar residensi siswi ini dimulakan dengan acara gotong royong penyediaan juadah sampingan sahur dan seterusnya makan beramai-ramai bersama penghuni residensi siswi dan pihak HEP serta diakhiri dengan solat subuh berjemaah. Diharapkan program seumpama ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

  • Tarikh23 Apr 2022
  • TempatResidensi Siswi

Apa khabar.. nama saya .

Sila taip nombor telefon bimbit anda dan mulakan perbualan.

Chat Dgn Kami