Senamrobik Merdeka bagi kakitangan dan pelajar Widad telah diadakan pada 25 Ogos 2022 bertempat di perkarangan lobi Widad University College.Program ini diadakan untuk mendedahkan kakitangan dan pelajar dengan aktiviti fizikal yang boleh menyihatkan badan dan menyeronokkan seperti senamrobik. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga Widad sempena menyambut Hari Kebangsaan yang bakal tiba. Progam ini turut dimeriahkan dengan acara “Merdeka Walk” dimana para pelajar dan kakitangan berarak sambil mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar kawasan kampus. Turut memeriahkan acara ialah Dato Dr. Nasir Mat Dam selaku Naib Canselor Widad University College dan kakitangan pengurusan tertinggi Widad Education Sdn, Bhd.