Satu majlis pelancaran residensi widad dan majlis berbuka puasa telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Residensi Pelajar dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar buat pertama kalinya di Kuantan Riverfront Apartment. Majlis ini dihadiri oleh 250 orang pelajar turut dihadiri Yang Hormat Dato’ Dr. Hj. Nasir bin Mat Dam, Naib Canselor Widad University College, En. Mohd Faroq bin Dato’ Ibrahim, Ketua Pegawai Operasi Widad Education Sdn. Bhd, Profesor Madya Hjh. Muslina binti Hj. Md Muis, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Widad University College, serta barisan tetamu kehormat yang lain, dekan-dekan, timbalan dekan serta wakil pensyarah. Majlis ini dianjurkan bertujuan untuk untuk merasmikan nama baru bagi kediaman pelajar Widad iaitu Widad Residensi Siswa/Siswi disamping meraikan sambutan bulan Ramadhan. Selain mengeratkan hubungan antara pelajar dengan kakitangan Widad majlis juga di meriahkan dengan penyerahan watikah perlantikan kepada Majlis Perwakilan Residensi Pelajar yang dipantik pada sesi 2022/2023. Matlamat utama program ini adalah untuk memberikan pengalaman kepada Majlis Perwakilan Residensi Pelajar yang baharu dipantik menganjurkan majlis seperti ini. Selain melatih para pelajar dari aspek kepimpinan dan mewujudkan kerjasama sebagai satu pasukan ianya juga diharapkan berupaya meningkatkan daya menyelesaikan masalah serta membuat keputusan. Diharapkan lebih banyak program-program yang menarik sperti ini akan dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Residensi Pelajar pada masa akan datang.