Pada 6 April 2022, telah diadakan majlis perjumpaan pertama antara MPRP (Majlis Perwakilan Residensi Pelajar) mahasiswi dan mahasiswa serta Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang turut disertai oleh Prof. Madya Hajah. Muslina binti Md. Muis, Timbalan Naib Canselor (HEP). Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah antara barisan kepimpinan tertinggi residensi siswi dan siswa dan juga Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal di antara majlis kepimpinan dan juga perkongsian nasihat daripada Prof Madya Hajah Muslina Binti Md. Muis. dan diteruskan dengan ucapan dan perkongsian program yang bakal dijalankan dalam jangka masa terdekat dari Felo Residensi, Cik Nordaiyatina Ab Rahman. Seterusnya majlis turut diserikan perkongsian nasihat yang bermakna dari Mantan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Widad University College juga merangkap Penolong Pengurus HEP, Widad College, Encik Wan Mohammad Nazri Bin Wan Mat. Diharapkan program seumpama ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang bagi merapatkan jurang di antara barisan kepimpinan MPRP dan juga HEP.