Kegiatan mendaki atau “hiking” kebiasaannya dilakukan dengan mendaki bukit atau pergunungan namun kali ini pihak HEP memilih pendakian hutan sebagai salah satu aktiviti yang julung kali diadakan. Aktiviti ini diketuai oleh Encik Mohd Shahrirruddin bin Mohd shif iaitu Dekan Fakulti Farmasi dibantu oleh Encik Mohd Safdi Bin Abdul Manaf, lima kakitangan Hal Ehwal Pelajar, turut disertai dua pensyarah serta 25 pelajar dari Widad Universiti Kolej dan Widad Kolej. Kegiatan luar ini tentu menjadi aktiviti yang menyenangkan yang dapat membantu merehatkan fikiran dengan kepenatan kerja dan pengajian sehari hari. Disamping itu ia dapat menyihatkan tubuh badan dan mengurangkan tekanan. Maka tidak hairanlah sekiranya ramai orang memilih aktiviti seperti ini pada masa lapang mereka bagi menghabiskan waktu dengan aktiviti yang berfaedah dan berkualiti. Diharapkan aktiviti ini dapat dijalankan sekerap mungkin pada masa akan datang.