Karnival Kesihatan bersama RTM Pahang serta Ceramah/ forum Payung emosi - Banjir - Anda tidak keseorangan, kami bersama anda- bersama komuniti setempat telah dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita ,Keluarga dan Masyarakat Negeri Pahang serta kelab kakitantagan RTM Pahang. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan masyarakat setempat melalui perkhidmatan kesihatan serta mempertingkatkan hubungan silaturahim antara masyarakat setempat. Pelajar dan kakitangan Widad turut menyertai karnival ini dan membantu dalam memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada semua kakitangan RTM Pahang dan masysrakat setempat.