Widad University College dan Widad College melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar mengambil inisiatif bekerjasama dengan Dataprep Payment Solution Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat milik Dataprep Holdings Bhd., sebagai rakan kerjasama strategik bagi melaksanakan sistem kafe tanpa tunai “dPurse e-Wallet” di kafe dan kedai sekitar kampus Widad. Pada peringkat awal pengenalan sistem kafe tanpa tunai “dPurse e-Wallet” ini, Jabatan Hal Ehwal Pelajar mengambil inisiatif dengan menyalurkan dana yang di terima dari KPT bagi Program Food@Campus menggunakan aplikasi dPurse e-Wallet kepada para pelajar yang diuruskan oleh Dataprep Payment Solution Sdn. Bhd. Cadangan projek kafe tanpa tunai ini selaras dengan digitalisasi zaman kini bagi memaksimumkan penggunaan teknologi digital di sektor pendidikan khususnya di kampus dalam usaha untuk mendidik mahasiswa untuk bergerak seiring dengan perkembangan era digital yang kini turut menjadi agenda nasional. Pelaksanaan sistem bayaran tanpa tunai dPurse e-Wallet ini bakal memberi manfaat bukan sahaja kepada mahasiswa, tetapi juga kepada pengusaha-pengusaha di sekitar kampus Widad University College, kerana akan memudahkan proses transaksi jual beli. Untuk makluman, Dataprep Holdings Bhd. Merupakan salah satu anak syarikat bagi Widad Business Group. Jom muat turun aplikasi dPurse e-Wallet sekarang melalui Google Play Store atau Apple App Store di telefon bimbit masing-masing, transaksi jual beli anda lebih mudah dengan dPurse e-Wallet!.