Diploma Pengajian Sukan

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Adakah anda merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPM/SPMV) ataupun pra diploma? Pernahkah anda terfikir untuk menjadi graduan sains sukan? Sekiranya jawapannya adalah ya dan anda berminat untuk meneruskan pelajaran di peringkat diploma dalam industri kecergasan ataupun bidang sains sukan, jangan lepaskan peluang ini!

Sains Sukan secara ringkasnya difokuskan pada pelaksanaan kaedah saintifik terhadap prestasi sukan. Pengurusan sukan pula ditujukan pada penerapan kemahiran pengurusan dalam organisasi sukan dan rekreasi.

Jangan risau sekiranya anda masih tidak tahu untuk meneruskan bidang ini di mana. Hal ini kerana Kolej Widad dapat memberikan solusi kepada anda. Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi yang ditubuhkan pada tahun 1995 di UiTM menawarkan Diploma Pengajian Sukan yang hanya mengambil masa selama 6 semester, persamaan dengan 3 tahun dengan pensyarah-pensyarah yang begitu hebat sekali.

Di samping itu, antara syarat asas kemasukan ke kursus sains sukan adalah lulus mata pelajaran Sejarah dan salah satu mata pelajaran berkaitan sains. Maklumat tambahan mengenai syarat kemasukan bolehlah anda membaca di halaman mereka.

Peluang kerjaya dalam bidang sukan amatlah cerah dan anda tidak perlu risau. Jikalau anda mengikuti kursus sains sukan, anda dapat menjadi Pengurus Sukan atau Pegawai Sukan, Pengurus Majlis, Pentadbiran Sukan, Pengurus Olahragawan, “Sport Aider”, "Recreational atau Leisure Instructor" dan lebih lagi. Graduan juga boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di mana-mana IPTA atau IPTS di tempatan atau luar negara.

Selain itu, pelbagai peluang menarik menanti anda. Antaranya ialah tiket penerbangan percuma kepada pelajar daripada Sabah dan Sarawak, yuran pendaftaran yang percuma bagi semester 1, insentif kecemerlangan sukan sebanyak 50% diskaun bagi yuran pengajian dan banyak lagi seperti yang dipaparkan di halaman mereka.

Adakah anda mahu potongan yuran pengajian sebanyak RM 1500? Bawa sekali rakan-rakan anda iaitu tiga orang dan ke atas untuk menikmatinya.

Setelah anda menamatkan semua semester dan layak untuk majlis graduasi, diploma anda akan dianugerahkan oleh UiTM semasa konvokesyen di UiTM Shah Alam. Anda juga akan mendapat peluang untuk menaiki pentas UiTM nanti.

Kolej Widad merupakan kolej ternama di Malaysia dengan pelbagai kemudahan untuk para pelajar. Kolej Widad telah bekerjasama dengan beberapa universiti untuk mendapatkan kursus tempatan yang disahkan dan diiktiraf oleh organisasi profesional. Kerjaya dalam bidang sains sukan mempunyai masa depan yang cerah dan graduan yang bertuah boleh juga bekerja dengan Widad Business Group. Kolej Widad sewajarnya menjadi pilihan terbaik dan pilihan utama anda di Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dan menjamin masa depan.

Jangan terus membuang masa dan mohon segera untuk masa depan anda. Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan, anda bolehlah menghubungi mereka dalam ‘Whatsapp’ ataupun di halaman mereka.


  • Maklumat Program

  • Diploma Pengajian Sukan

  • Sepenuh Masa

  • 3 tahun


Syarat Kemasukan

  • Pilihan 1: Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV)

  • Lulus SPM / SPMV dengan 3 kredit termasuk:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik ATAU Matematik Tambahan
  • Lulus Sejarah
  • Pilihan 2: Kemasukan dengan Pra Diploma

  • Lulus program Pra Perdagangan (PD002/PD003) atau Pra Sains (BA002/BA003) dari UiTM
  • + Maklumat Tambahan

  • Lulus temuduga dan ujian kecergasan yang dikendalikan oleh fakulti
  • Diploma akan di anugerahkan oleh UiTM semasa konvokesyen di UiTM Shah Alam

Soalan Lazim

Kursus sains sukan yang ditawarkan oleh kami ialah sesuatu yang mampu membantu pelajar mencapai aspirasi dalam bidang sains sukan. Kursus sains sukan kami adalah kursus yang berprestij di Malaysia. Kemudahan untuk pelajar bidang ini adalah berkualiti tinggi, yang boleh memberi pelajar pengalaman yang bagus.

Di Kolej Widad, kami memastikan anda memperoleh peluang untuk mencapai kerjaya dalam bidang sains sukan. Dengan penawaran dalam bidang (pengurusan sukan, pengajar riadah dan lain-lain lagi) membolehkan anda kerja bersama pakar kami dari bidang sains sukan untuk mencapai matlamat anda.

Pelajar yang mendaftar Diploma Pengajian Sukan di Kolej Widad, akan mengambil masa 2 ½ tahun untuk menglengkapi program ini.

Di Kolej Widad, untuk bidang sains sukan anda hanya perlu melengkapkan SPM/SPMV, kredit Sejarah yang lengkap, dan salah satu kredit sains. Atau sekiranya anda mempunyai sijil pra diploma, anda juga boleh melanjutkan pengajian dalam bidang sains sukan.

Selepas anda menamatkan pembelajaran dalam bidang sains sukan, anda akan mendapat peluang untuk bekerja sebagai Pengurus Sukan atau Pegawai Sukan, Pengurus Majlis, Pentadbiran Sukan, Pengurus Olahragawan dan lain-lain. Kursus sains sukan adalah satu bidang yang akan memanfaatkan anda.


Laluan Kerjaya

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:

  • Pengurus Sukan / Pegawai
  • Jurulatih Kecergasan
  • "Recreational / Leisure Instructor"
  • Pengurus Majlis
  • Pengurus Olahragawan
  • Jurulatih Kecergasan
  • "Sport Aider"
  • Pentadbiran Sukan

Graduan boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di mana-mana IPTA/S tempatan atau luar negara.

Hi.. my name is .

Enter your mobile number below to start our chat.

Chat With Us