Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Pernah terfikir untuk berkecimpung dalam bidang pengurusan pejabat? Ataupun minat anda lebih ke arah menguruskan hal-hal organisasi sesebuah syarikat? Berita baik untuk pelajar lepasan SPM! Widad College menawarkan kursus Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat yang diiktiraf oleh MQA selama 5 semester. Jadi, mengapa anda harus memilih kursus ini? Adakah ianya menjamin peluang kerjaya yang cerah? Yang utamanya juga, mengapa anda harus memilih Widad College?

Tidak dapat dinafikan bahawa Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat ini yang juga merupakan cabang kepada sains kesetiausahaan masih dan sentiasa relevan. Mengapa tidak? Hari demi hari, semakin banyak organisasi yang ditubuhkan dan mereka memerlukan graduan-graduan yang pakar dalam menguruskan hal pejabat dengan menggunakan teknologi yang disediakan. Dalam hal teknologi pula, ianya semakin canggih sejak kebelakangan ini. Teknologi-teknologi ini perlu dikendalikan oleh tenaga kerja yang cekap dalam memastikan hal-hal pengurusan pejabat dapat berjalan dengan lancar. Di sinilah Widad College dengan kerjasama UiTM membantu bakal-bakal graduan untuk mengasah kemahiran yang diperlukan oleh industri. Anda akan didedahkan dengan prosedur-prosedur pejabat, pengurusan pejabat, kecekapan di dalam pejabat, kemahiran berkomunikasi sesama rakan kerja dan yang utamanya pembentukan peribadi secara lahiriah dan insaniah.

Subjek-subjek yang dipelajari di dalam kursus Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat ini adalah pelbagai dan dapat memanfaatkan pelaja-pelajarnya agar tidak tertumpu hanya pada satu bidang. Segala ilmu tentang etika pekerjaan, hal surat menyurat, pemprosesan dokumen dan skil informasi akan dipelajari. Bukan itu sahaja, yang menariknya ialah anda juga akan didedahkan kepada kemahiran keusahawanan ataupun Entrepreneurship. Hal ini kerana pada dasarnya, anda bakal menguruskan maklumat sesebuah organisasi. Sudah tentu ilmu tentang bagaimana organisasi tersebut menjalankan perniagaan mereka amat penting.

Widad College bukanlah calang-calang institusi pendidikan. Untuk kursus Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat ini, kami memastikan pelajar-pelajarnya dibantu dari segi kewangan. Biasiswa dan pinjaman disediakan kepada pelajar-pelajar yang layak. Selain itu, banyak juga potongan yuran pengajian yang ditawarkan demi membantu pelajar-pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di Widad College. Antara kelebihannya juga jika anda menyambung pengajian dalam bidang pengurusan pejabat di sini ialah kursus ini mendapat pengiktirafan daripada kebanyakan IPTA, IPTS dan juga institusi pengajian luar negara. Ianya memudahkan anda untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di mana-mana institusi tersebut. Sekiranya graduan memilih untuk terus bekerja setelah menamatkan Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, ianya tidak menjadi masalah kerana peluang pekerjaan terbuka luas kepada anda.

Kepada pelajar-pelajar lepasan SPM, rebutlah peluang ditawarkan oleh Widad College ini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kursus Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, klik di sini.


  • Maklumat Program

  • Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat

  • Sepenuh Masa

  • 2 tahun 6 bulan


Syarat Kemasukan

  • Pilihan 1: Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV)

  • Lulus SPM / SPMV dengan 3 kredit termasuk:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Mana-mana satu (1) matapelajaran lain
  • Lulus Sejarah
  • Lulus Matematik ATAU Matematik Tambahan
  • Pilihan 2: Kemasukan dengan Sijil

  • Lulus Sijil Pentadbiran Pejabat (OM009) dari UiTM
  • Pilihan 3: Kemasukan dengan Pra Diploma

  • Lulus program Pra Diploma Sains (PD007/PD008) atau Pra Diploma Perdagangan (BA002/BA003) dari UiTM
  • + Maklumat Tambahan

  • Diploma akan di anugerahkan oleh UiTM semasa konvokesyen di UiTM Shah Alam

Soalan Lazim

Kursus pengurusan dan teknologi pejabat termasuk sains kesetiausahaan yang ditawarkan oleh kami ialah sesuatu yang mampu membantu pelajar belajar cara mengurus operasi pejabat melalui teknologi. Dengan penubuhan organisasi baharu setiap hari, ilmu pengetahuan yang mencukupi tentang pengurusan pejabat dan penggunaan teknologi menjadi penting. Di Kolej Widad, kami menawarkan Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat untuk membentuk anda dengan kemahiran yang diperlukan bagi berjaya dalam industri ini.

Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat di Kolej Widad bermanfaat kerana kami diikhtiraf oleh pelbagai IPTA, IPTS dan institusi antarabangsa. Ini memastikan pertukaran yang mudah antara institusi sekiranya pelajar ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan pejabat.

Dengan mendaftar dalam Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat bersama Kolej Widad, pelajar akan mempelajari kemahiran yang relevan dalam bidang pengurusan pejabat seperti prosedur-prosedur pejabat, pengurusan pejabat, kecekapan di dalam pejabat, kemahiran berkomunikasi sesama rakan kerja dan yang utamanya pembentukan peribadi secara lahiriah dan insaniah. Pelajar juga akan didedahkan terhadap etika bekerja, surat-menyurat, pemprosesan dokumen dan maklumat dan kemahiran keusahawanan.

Sebagai pelajar yang memperoleh Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, anda dapat bekerja dalam bidang pengurusan pejabat. Terutamanya pekerjaan dalam sektor swasta dan awam seperti pegawai eksekutif, pembantu peribadi dan setiausaha eksekutif.

Syarat kemasukan bagi pelajar Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat adalah pelajar harus mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Vokasional (SPMV) dengan sekurang-kurangnya 3 kredit (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan satu lagi subjek) dan kelulusan subjek Sejarah dan Matematik atau Matematik Tambahan. Pelajar juga layak jika mempunyai kelulusan Sijil Pentadbiran Pejabat (OM009) daripada UiTM, atau kelulusan Pra-Diploma Sains (PD007 / PD008) atau program Pra-Diploma Perdagangan (BA002 / BA003) daripada UiTM.

Pelajar yang mendaftar Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat di Kolej Widad, akan mengambil masa 2 ½ tahun untuk menglengkapi program ini.


Laluan Kerjaya

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:

  • Pegawai Eksekutif
  • Pembantu Peribadi
  • Setiausaha Eksekutif

Graduan boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di mana-mana IPTA/S tempatan atau luar negara.

Hi.. my name is .

Enter your mobile number below to start our chat.

Chat With Us