Masa : 2:30 PM - 4:30 PM
Lokasi : Widad University College
Merupakan program inisiatif sokongan akademik dan kesejahteraan pelajar yang direka untuk membantu pelajar baharu menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus di Widad University College.
Objektif & Pengisian Utama:
1. Pelancaran Widad Buddy System: Memperkenalkan sistem mentor-mentee yang menghubungkan pelajar baharu dengan rakan pembimbing senior daripada Widad International Medical Students' Society (WIMED), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), dan Majlis Perwakilan Kolej Kediaman (MPRP) bagi memberikan bimbingan serta sokongan berterusan sepanjang pengajian.
2. Sesi Kesejahteraan Minda (Mindfulness): Aktiviti selingan interaktif yang dikendalikan oleh Kaunselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) bagi membantu pelajar mengurus tekanan dan membina kesihatan mental yang positif.
3. Perkongsian pengalaman Senior MBBS: Sesi motivasi khas daripada pelajar senior Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) Semester 9 untuk memberi panduan, petua kejayaan akademik, dan pendedahan realiti kehidupan di alam universiti.