Melalui aktiviti pemeriksaan kesihatan percuma serta demonstrasi bantuan pernafasan yang diadakan sempena pesta konvokesyen kesembilan kolej universiti widad, secara tidak langsung menjadi flatform kepada pelajar-pelajar diploma kejururawatan dan diploma teknologi makmal perubatan kolej universiti widad untuk mempraktiskan serta mempertingkatkan lagi kemahiran yang dipelajari dalam bidang masing – masing. aktiviti ini telah dijalankan sepanjang pesta konvokesyen iaitu dari 17 - 19 mac 2022. antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti pemeriksaan tekanan darah, bmi ideal, pemeriksaan kandungan gula dalam darah dan demonstrasi bantuan pernafasan.