Sarjana Muda Kejururawatan (Kepujian)

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Program Sarjana Muda Kejururawatan (Kepujian), Kolej Universiti Widad adalah program komprehensif dan bertauliah yang direka untuk menyediakan pelajar membina kerjaya yang lebih bermanfaat dalam penjagaan kesihatan.

Program ini mendapat kelulusan dari Kementerian Pengajian Tinggi dan Agensi Kelayakan Malaysia.

Juga mendapat kelulusan dan dipantau oleh Lembaga Jururawat Malaysia. Tempoh pengajian selama empat tahun ini mampu melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman praktikal untuk terus cemerlang dalam bidang kejururawatan.


  • Maklumat Program

  • Sarjana Muda Kejururawatan (Kepujian)

  • Sepenuh Masa

  • 4 tahun


Struktur Program

  • Tempoh : 4 tahun pengajian. (merangkumi pendidikan menyeluruh dalam bidang kejururawatan)
  • Kurikulum : Teori dan praktikal di makmal kemahiran pada setiap semester.
  • Latihan Praktikal : Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia seperti yang termaktub dalam Memorandum Perjanjian bersama Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Anatomy & Physiology I
  • Communication
  • Psychology and Sociology
  • Fundamental of Nursing I
  • English For Specific Purposes I
  • Penghayatan Etika dan Peradaban MPU
  • Microbiology & Immunology
  • Clinical Practice I
  • Fundamental of Nursing II
  • Nursing Ethic and Law
  • Pharmacology, Nutrition
  • Adult Nursing I
  • Anatomy & Physiology II
  • Clinical Practice II

Syarat Kemasukan

  • Pilihan 1 : Kemasukan dengan Sijil Tinggi Persekolah Malaysia (STPM)

  • Lulus STPM atau setaraf dengan minimum CGPA 2.5.
  • Pilihan 2 : Kemasukan dengan ’A Level’

  • Lulus ‘A Level’ dengan minimum Gred C dalam tiga (3) matapelajaran lain.
  • Pilihan 3 : Kemasukan dengan Matrikulasi / Asasi

  • Lulus Matrikulasi / Asasi dengan minimum CGPA 2.5.
  • Pilihan 4 : Kemasukan dengan Diploma

  • Lulus Diploma lain (Tahap 4 MQF) dengan minimum CGPA 2.5 (tiada pemindahan kredit)
  • Pilihan 5 : Kemasukan dengan Diploma Kejururawatan

  • Lulus Diploma Kejururawatan dengan minimum dua (2) tahun pengalaman kerja (pemindahan kredit dibenarkan)
  • Pilihan 6 : Kemasukan dengan Sijil Amalan Tahunan (APC)

  • Memiliki Sijil Amalan Tahunan (APC) untuk jururawat dari Lembaga Jururawat Malaysia
  • Bagi calon yang memiliki STPM / ’A Level’ / Matrikulasi / Asasi DAN lulus Diploma kecuali Diploma Kejururawatan harus memiliki:

  • Satu (1) kepujian bagi mana-mana matapelajaran di bawah:
    • Sains / Biologi / Kimia / Fizik / Sains Gunaan di peringkat SPM atau setaraf. DAN
  • Kepujian dalam matapelajaran Matematik / Matematik Tambahan di peringkat SPM atau setaraf. DAN
    • MUET dengan minimum of Band 3 ATAU
    • IELTS dengan minimum 5.5 ATAU
    • TOEFL dengan minimum 515/215/80 ATAU
    • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM

Pengesahan dan Lesen

  • Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia : Pelajar wajib menduduki Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia setelah tamat pengajian sebagai syarat pendaftaran Jururawat Berdaftar.
  • Kelayakan : Sebaik tamat pengajian dan mendapat Sijil Jururawat Berdaftar yang dikeluarkan oleh Lembaga Jururawat Malaysia, membolehkan mereka bekerja sebagai Jururawat Berdaftar dalam pelbagai bidang berkaitan kesihatan.

Laluan Kerjaya

Peluang kerjaya yang pelbagai, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Hospital Kerajaan : Hospital & klinik kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Hospital Swasta : Bekerja di hospital/institusi kesihatan/klinik swasta, menyediakan penjagaan kejururawatan berkualiti dalam pelbagai kepakaran.
  • Industri : Memainkan peranan penting dalam pasukan perubatan & kesihatan bagi memastikan kesejahteraan pekerja dalam persekitaran industri.
  • Rumah Orang Tua : Memberi khidmat penjagaan yang penuh seperti di rumah kepada warga emas.
  • Penjagaan Kanak-Kanak : Menyumbang kepada penjagaan kanak-kanak, memastikan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak.

Peluang Memajukan Kerjaya

Selepas bergelar Jururawat Berdaftar, graduan berpeluang untuk membina kerjaya profesional secara berterusan:

  • Pengajian Lanjutan : Peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dan PhD.
  • Pengkhususan : Peluang mengambil kursus dan mendapatkan sijil dalam bidang kejururawatan tertentu dan kepakaran yang terpilih seperti Kursus Pos Basik.

Program ini bukan sahaja memfokuskan kepada kecemerlangan akademik tetapi juga menerapkan nilai belas kasihan, profesionalisme, dan amalan etika, di mana graduan bersedia dan mampu memberi impak yang lebih bermakna dalam bidang kejururawatan.

Maklumat yang diberikan adalah berdasarkan struktur piawaian dan hasil program kejururawatan, dan butiran khusus tentang Kolej Universiti Widad boleh diperoleh daripada dokumentasi atau laman web rasmi kami.

Hi.. my name is .

Enter your mobile number below to start our chat.

Chat With Us