Diploma Senibina

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Program ini menawarkan kurikulum pengajian senibina bagi persediaan bakal-bakal graduan melibatkan diri secara profesional di dalam bidang rekabentuk dan pembinaan.

Okjektif program ini adalah untuk menghasilkan graduan yang memperolehi ilmu dan kemahiran berkaitan dengan disiplin senibina. Graduan juga dapat mengaplikasi kemahiran kreatif dalam membantu arkitek untuk menyediakan dan melaksanakan projek pembangunan serta menganalisa dan menilai cadangan senibina. Selain daripada itu, ianya menyediakan graduan separa professional dan kompeten secara teknikal dalam menyelesaikan masalah senibina yang kritikal, secara logik, kreatif dan analiktikal berdasarkan fakta dan idea yang kukuh. Graduan juga akan berkebolehan untuk memberi maklumbalas dan bersedia untuk mengadaptasi pada sebarang perubahan situasi dan meneruskan pembelajaran kendiri untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran tambahan.

Di samping itu, graduan akan dapat memiliki kualiti kepimpinan, bermotivasi, kreatif, berdisiplin dan beretika serta berupaya bekerja dengan kumpulan secara efektif.


  • Maklumat Program

  • Diploma Senibina

  • Sepenuh Masa

  • 2 tahun 6 bulan


Struktur Program

  • Design Studio 1
  • Architecture Communication
  • Architecture History: Introduction & Theory
  • Building Services 1
  • MPU Compulsory Subject
  • English 1
  • Design Studio 2
  • Technology in Building Construction 1
  • History of Architecture: Modern
  • Structure 1
  • MPU Compulsory Subject
  • English 2

Syarat Kemasukan

  • Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV)

  • Lulus SPM / SPMV dengan 3 kredit termasuk:
    • Matematik
    • Dua (2) matapelajaran lain
  • Lulus mata pelajaran Pendidikan Seni / Pendidikan Seni Visual / Lukisan Kejuruteraan ATAU
  • Lulus sesi temuduga / ujian melukis / penilaian portfolio bagi pemohon tanpa kelayakan matapelajaran Pendidikan Seni / Lukisan Kejuruteraan
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah

Laluan Kerjaya

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:

  • Pembantu Arkitek
  • Pereka Dalaman
  • Pelukis Pelan
  • Penyelia Tapak di Sektor Awam dan Swasta
  • Pembantu Landskap Arkitek
  • Pembantu Teknikal Senibina

Graduan-graduan boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda dimana-mana universiti yang berpotensi.

Hi.. my name is .

Enter your mobile number below to start our chat.

Chat With Us