Program Ditawarkan

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan)

Program ini melahirkan graduan:

  • Boleh mengaplikasi ilmu perakaunan dan pengurusan didalam suasana perindustrian;
  • Boleh mengaplikasi kemahiran mereka untuk membantu aktiviti merancang, mengelola dan melapor berkaitan bidang perakaunan dan pengurusan untuk kegunaan industri;
  • Mempunyai kecekapan untuk membantu menyelesaikan masalah secara logik, kreatif, dan analitik berdasarkan fakta dan idea yang jelas;
  • Boleh berkomunikasi secara efektif, boleh memimpin dan bekerjasama sebagai ahli dalam satu pasukan;
  • Boleh bekerja secara sepasukan dan bekerjasama sebagai ahli kumpulan dengan kualiti kepimpinan didalam persekitaran pekerjaan;
  • Mampu meningkatkan pembelajaran sepanjang hayat secara berterusan bagi memperolehi pengetahuan dan meningkatkan kemahiran;
  • Bermotivasi tinggi, berdisiplin, dan beretika didalam tingkah laku yang professional.

Maklumat Program

  • Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan)

  • KPT/JPS(R/344/4/0247)(MQA/A 10241)05/19 Lihat Akreditasi MQA

  • Sepenuh Masa

  • 3 tahun


Syarat Kemasukan

  • Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV)

  • Lulus SPM / SPMV dengan 3 kredit termasuk:
    • Bahasa Melayu
    • Dua (2) matapelajaran lain
  • Lulus Matematik
  • + Maklumat Tambahan

  • Diploma akan di anugerahkan oleh UTM semasa konvokesyen di UTM Skudai

Laluan Kerjaya

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:

  • Penolong Akauntan
  • Penolong Audit
  • Penolong Pegawai Cukai
  • Pengurus Pelatih

Graduan boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di mana-mana IPTA/S tempatan atau luar negara.