Penafian & Hakmilik


Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Syarat-Syarat Am Penggunaan

Merujuk kepada penggunaan "kami" di laman sesawang Widad College, ianya adalah merujuk kepada pihak Widad College. Penggunaan laman sesawang kami yang beralamat widad.edu.my dan semua maklumat sampingan adalah tertakluk kepada terma dan syarat penggunaan. Anda haruslah membaca terma dan syarat yang telah ditetapkan sebelum melayari laman sesawang kami.

Dengan menggunakan laman sesawang kami, anda telah bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan dan ianya akan terus berkuat kuasa apabila anda melayari laman sesawang kami buat pertama kali. Sekiranya anda tidak bersetuju untuk terikat dengan semua terma dan syarat yang telah ditetapkan, sila jangan melayari, menggunakan atau menyumbang apa-apa kepada laman sesawang kami.

Kami akan mengubah terma dan syarat penggunaan pada bila-bila masa sahaja. Setiap perubahan kepada terma dan syarat yang kami lakukan akan berkuat kuasa serta merta sejurus selepas ianya dipaparkan dilaman sesawang kami. Sekiranya anda terus menggunakan laman sesawang kami, ianya bermaksud anda bersetuju dengan terma dan syarat baru yang diperbaharui oleh pihak kami.


Penafian

Widad College mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan setiap maklumat yang dipaparkan dilaman sesawangnya di widad.edu.my adalah yang terbaru dan tepat, tetapi tidak akan bertanggungjawab terhadap kesilapan dan mempunyai hak untuk mengubah tanpa pemberitahuan. Dengan maklumat yang ada, proses pemantauan akan memerlukan usaha keras dan masa yang lama. Walaubagaimanapun, kesemua permintaan atau cadangan yang dirasakan wajar akan dipertimbangkan mengikut kes satu persatu.

Widad College tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana maklumat yang tidak tepat dan sekiranya alamat laman sesawang yang dipautkan dilaman sesawang kami tidak membawa pengguna ke laman sesawang yang tepat.

Widad College tidak mengawal atau mengubah mana-mana laman sesawang lain yang telah dipautkan dilaman utama widad.edu.my tetapi berhak untuk membuang maklumat yang melanggar hakcipta, kasar, lucah, fitnah, tidak tepat atau melanggar polisi penggunaan komputer di Widad College. Pihak kami akan mengambil tindakan serta-merta sekiranya didapati laman-laman sesawang yang dipautkan mempunyai masalah-masalah yang telah dinyatakan.


Dasar Keselamatan Dan Hakcipta

Laman sesawang, rekabentuk dan kandungan dan kesemua infrastruktur teknikal kami adalah dilindungi oleh hakcipta terpelihara dan pihak-pihak yang berkenaan.

Maklumat yang terkandung didalam laman sesawang kami boleh dimuat turun, dilihat dan dicetak untuk kegunaan peribadi yang tidak melibatkan penggunaan untuk tujuan komersial ataupun untuk digunakan didalam organisasi yang juga bukan untuk tujuan komersial dengan syarat logo hakcipta atau jenama yang menunjukkan hakmilik tidak dipadam sama ada secara keseluruhan ataupun sebahagian. Maklumat yang terkandung didalam laman sesawang kami tidak boleh disalin, dicetak atau diagihkan secara keseluruhan ataupun sebahagian tanpa kebenaran bertulis dari pihak kami. Bermaksud ianya tidak boleh digunakan atau dimanipulasi untuk tujuan komersial.

Kesemua hak yang lain-lain adalah terpelihara dan anda harus meminta kebenaran sebelum membuat sebarang perubahan terhadap maklumat yang terkandung didalam laman sesawang kami. Ini adalah bertujuan untuk memastikan maklumat yang dihasilkan tidak akan bertukar menjadi hakmilik pihak ketiga. Anda harus meminta kebenaran daripada pihak yang berkenaan sebelum membuat perubahan terhadap maklumat yang diperolehi.

Nama, hakcipta dan logo yang dipaparkan dilaman sesawang kami adalah berdaftar dan tidak berdaftar dibawah nama Widad College dan lain-lain. Anda tidak harus menggunakan nama, jenama atau logo tanpa kebenaran bertulis daripada pihak yang berkenaan.