Program Ditawarkan

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

  • Maklumat Program

  • Diploma Pengajian Sukan

  • KPT/JPS (R/813/4/0003)(MQA/A 7126)06/21 AKREDITASI MQA

  • Sepenuh Masa

  • 2 ½ tahun

Pengenalan Program

Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi ditubuhkan pada tahun 1995. Dengan penubuhan itu, UiTM menjadi institusi pendidikan tinggi di Malaysia yang menawarkan program-program dalam bidang pengurusan sukan, rekreasi, dan sains sukan.

Program Sarjana Muda dan program Diploma menawarkan program yang berkaitan dengan fisiologi, biomekanik, anatomi, kinesiologi, pembelajaran motor, etika dalam sukan, psikologi sukan, pemasaran sukan dan rekreasi, komunikasi sukan, kewartawanan sukan, dan hubungan media, rekreasi luar, latihan psikologi , kepimpinan dalam kesenggangan dan seminar sukan. Sains Sukan difokuskan pada pelaksanaan kaedah saintifik terhadap prestasi sukan.

Pengajian dalam bidang ini member peluang pelajar untuk bekerja dalam industri kecergasan. Pengurusan Sukan difokuskan pada penerapan kemahiran pengurusan dalam organisasi sukan dan rekreasi. Tempoh pembelajaran untuk program ini adalah selama enam (6) semester untuk membolehkan para pelajar mendapat Diploma Pengajian Sukan, UiTM.


Syarat Kemasukan

  • Pilihan 1: Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV)

  • Lulus SPM / SPMV dengan 5 kredit termasuk:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik ATAU Matematik Tambahan
    • Mana-mana dua (2) matapelajaran lain
  • Lulus Sejarah
  • Lulus salah satu matapelajaran:  Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan / Sains / Pengetahuan Sains Sukan / Sains Gunaan
  • Pilihan 2: Kemasukan dengan Pra Diploma

  • Lulus program Pra Perdagangan (PD002/PD003) atau Pra Sains (PD007/PD008) dari UiTM
  • + Maklumat Tambahan

  • Lulus temuduga & ujian kecergasan yang dikendalikan oleh fakulti
  • Diploma akan di anugerahkan oleh UiTM semasa konvokesyen di UiTM Shah Alam

Laluan Kerjaya

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:

  • Pengurus Sukan / Pegawai
  • Jurulatih Kecergasan
  • "Recreational / Leisure Instructor"
  • Pengurus Majlis
  • Pengurus Olahragawan
  • Jurulatih Kecergasan
  • "Sport Aider"
  • Pentadbiran Sukan

Graduan boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di mana-mana IPTA/S tempatan atau luar negara.