Latarbelakang

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Sejarah penubuhan Widad University College (WUC), dahulunya dikenali sebagai University College Shahputra (UCSA) sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bermula pada 24 Disember 1997. Mula dikenali sebagai Institut Fitra, institusi ini dimiliki sepenuhnya oleh Shahputra Education Sdn. Bhd. sebuah syarikat 100% milik Bumiputera. Pelajar Matrikulasi TESL UPM dan Matrikulasi Perakaunan UPM adalah antara kumpulan pertama pelajar Institut Fitra yang mendaftar pada Jun 1998. Berikutan peningkatan jumlah pelajar yang memberangsangkan, Institut Fitra mengambil langkah bijak dengan berpindah ke satu kawasan baru seluas 8 hektar di Pekan, Pahang.

SHAHPUTRA College, Pekan

SHAHPUTRA College City Campus, Kuantan

SHAHPUTRA College, Kuantan

University College SHAHPUTRA, Kuantan

Serentak dengan perpindahan tersebut, Institut Fitra telah menukar namanya kepada Kolej Shahputra. Kolej Shahputra terus mencatatkan bilangan pelajar yang memberangsangkan setiap tahun. Lantaran itu, pada pertengahan 2007, institut ini telah mengorak langkah lagi dengan pemindahan operasi ke bangunan kampus baru yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Kampus baru ini menyediakan kemudahan dan peralatan pembelajaran dan pengajaran yang lengkap dan terkini serta persekitaran yang lebih kondusif. Reka bentuk kampus yang menarik dan unik juga telah menjadikan kampus Kolej Shahputra sebagai salah satu mercu tanda yang terkenal di Kuantan.

Kolej Shahputra sekali lagi mencatat sejarah pada 14 Mac 2011 apabila telah dinaiktaraf menjadi sebuah Kolej Universiti dan mula dikenali sebagai University College Shahputra (UCSA). Dengan pengiktirafan yang diberikan, UCSA mula mengembangkan program- program homegrown baru termasuk program Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS), Ijazah Sarjana Muda Psikologi, Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan lain-lain lagi. Sehingga kini, UCSA menawarkan lebih 20 program peringkat sijil, diploma dan ijazah dan telah melahirkan hampir 14,000 orang graduan. Perkembangan UCSA bukan sahaja dilihat dari sudut penambahan pelajar dan program, bahkan setiap perancangan sentiasa diambil kira untuk menaiktaraf UCSA kepada status Universiti penuh.

Pada pertengahan 2016, selari dengan usaha untuk merangsang pertumbuhan operasi dan strategik, University College Shahputra dan Kolej Shahputra telah dijenama semula sebagai Widad University College dan Widad College, diterajui oleh Widad Business Group.

Berikutan itu, pada 19 September 2016, Majlis Pemasyhuran penuh istiadat di Istana Negara, Kuala Lumpur telah menyaksikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah dimasyhurkan sebagai Canselor Pertama Widad University College.

Widad University College merancang untuk mengembangkan sayapnya ke kawasan Lembah Klang dan juga menambah program-program yang ditawarkan ke tahap peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Widad University College telah menggariskan 3 strategi utama (2016-2020) bagi mendukung Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) (2015-2020) yang bertujuan untuk mewujudkan "rantaian-nilai" yang lebih menyeluruh dengan penubuhan kampus utama yang baru dan Widad Specialist Centre, peningkatan penyertaan pelajar antarabangsa dan juga pengukuhan pendekatan dan pengalaman pembelajaran melalui kerjasama yang rapat dengan industri.

Strategi-strategi ini telah diketengahkan bagi mengukuhkan kualiti institusi secara keseluruhan dan juga bagi memupuk minda keusahawanan di kalangan graduan yang pastinya akan meningkatkan kebolehpasaran graduan Widad University College.