Program Diploma Pengajian Sukan yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM menumpukan kepada pengetahuan teori asas berhubung dengan sains sukan dan senaman. Program ini juga memberi pengalaman kepada pelajar untuk mempelajari kemahiran praktikal dalam tetapan senaman.
Pelajar yang bergraduasi melalui program ini dijangka memenuhi permintaan industri sukan dan kesihatan di negara ini. Program ini juga menyediakan asas yang kukuh kepada pelajar sekiranya mereka melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda.
Program ini ditawarkan secara sepenuh masa. Tempoh pengajian program ini adalah tiga tahun di mana aktiviti pembelajaran termasuk kuliah, penyelesaian masalah, seminar dan latiahan amali.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)
Diploma Pengajian Sukan mendapat PENGIKTIRAFAN daripada KPT.
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Diploma Pengajian Sukan telah memperolehi AKREDITASI PENUH dari MQA.
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Program Diploma Pengajian Sukan ditawarkan oleh UiTM. (program usahasama UiTM)
Langkah 1
Diploma Pengajian Sukan
Langkah 2
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan / Sains Sukan
Langkah 3
Ijazah Sarjana Pengurusan Sukan / Sains Sukan
Langkah 4
Doktor Falsafah (Pengajian Sukan)
Muhammad Fazwan Ahmad Fauzi
Ambilan Jun 2014
Pegawai Perhubungan Sukan / Pembantu Sukan, Pusat Pembangunan Sukan UIAM, Gombak
Muhammad Nur Hamizanuddin Ismail
Ambilan Mei 2017
Pengurus / Jurulatih, Akademik Mokhtar Dahari
Muhamad Yusuf Zamree
Ambilan Mei 2017
Jurulatih Fencing, Majlis Sukan Negeri Terengganu
Puteri Adlina Che Mat
Ambilan September 2019
Jurulatih Peribadi, Anytime Fitness
Mula menawarkan program sejak 2006
Akreditasi PENUH oleh MQA
Diploma daripada UiTM
Berkelayakan dan berpengalaman
98% Kadar kebolehpasaran dan 100% Graduate on Time (GoT)
Fasiliti yang lengkap
Konvokesyen di UiTM
Silibus dan sijil disediakan oleh UiTM
Tajaan penuh yuran pengajian (keluarga B40)